ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki bernama ‘To Yo Ta’ ini bangga pernah berkhidmat di Toyota

Tular

Views

Seorang lelaki di wilayah Gia Lai, Vietnam menjadi perhatian netizen kerana memiliki nama To Yo Ta dan pernah bekerja di syarikat automotif Toyota, lapor laman berita VNExpress baru-baru ini.

Menurut To, 33, bapanya, To Van Ke, yang merupakan seorang mekanik kereta memberikan dia nama unik itu agar lelaki tersebut mempunyai masa depan cerah seperti pengasas syarikat Toyota, Toyoda Kiichiro.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Selain To, adik beradiknya juga diberikan nama unik iaitu To Co Ro Na (sempena nama Toyota Corona) dan To So Ny (sempena nama syarikat Sony).

Hanya seorang saudara perempuannya diberikan nama biasa iaitu To Kieu My kerana ia diberikan oleh ibu mereka ketika bapanya jatuh sakit.

Meskipun tidak pernah dipengaruhi oleh bapanya, To mempunyai minat mendalam dalam bidang fizik dan permotoran sejak kecil.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Pada 2014, dia mula berkhidmat di syarikat Toyota dan bekerja di situ selama lapan tahun. “Semuanya secara kebetulan,” ujarnya.

Selepas berkahwin pada 2015, To berhasrat menamakan anak-anaknya To Shi Ba, To San Yo atau Hi Ta Chi, namun dia bertukar fikiran dan memberi nama biasa kepada dua anak perempuannya.

Pada awal tahun ini, To berhenti bekerja di Toyota dan memulakan perniagaan sendiri untuk melatih kakitangan industri automotif. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit VNExpress

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply