Dua aplikasi e-hailing dari Rusia yang didakwa beroperasi secara haram iaitu InDrive dan Maxim, diarahkan menghentikan operasi mereka berkuatkuasa 24 Julai ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah menghantar surat memberhentikan operasi kepada dua aplikasi e-hailing berkenaan, baru-baru ini.
“Berkuatkuasa 24 Julai ini, operasi InDrive dan Maxim perlu dihentikan daripada beroperasi di negara ini.
“Dua syarikat e-hailing berkenaan boleh membuat rayuan, namun rayuan itu hanya boleh diputuskan saya selaku Menteri Pengangkutan,” katanya.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pembukaan Semula Landasan untuk Operasi Perkhidmatan Kargo Kempas Baru-Pasir Gudang, di Pasir Gudang hari ini.
Isnin lalu, kerajaan dilaporkan digesa menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap dua aplikasi e-hailing, InDrive dan Maxim, termasuk menyekat akses platform itu.
Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia (Penghantar Malaysia) mendakwa, kedua-dua platform e-hailing itu didapati terus menawarkan perkhidmatan mereka tanpa mematuhi peraturan di bawah akta sedia ada.
“Ini termasuk tidak memastikan pemandu-pemandu mereka memiliki Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah, seperti yang telah diwajibkan oleh undang-undang Malaysia.
“Ini bukan sahaja tidak adil kepada pemandu yang mempunyai Lesen PSV yang sah, malah turut menjejaskan keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan mereka.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
“Malahan, selain daripada ada di kalangan pemandu mereka yang dibenarkan beropersi tanpa memiliki Lesen PSV yang sah, terdapat juga di kalangan pemandu mereka tidak memiliki Insurans E-Hailing dan juga tidak melakukan pemeriksaan kenderaan seperti Terma dan Syarat yang telah ditetapkan,” kata Penghantar Malaysia dalam kenyataan, Isnin lalu.
Menurut APAD, dua syarikat e-hailing berkenaan didapati melanggar syarat pelesenan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
Ia termasuk memastikan semua kenderaan di bawah platform mereka beroperasi dengan Permit Kenderaan E-hailing (EVP) yang sah, iaitu salah satu syarat utama dalam Lesen Pengendali Individu (IBL) mereka.
Pelanggaran itu adalah kesalahan di bawah Seksyen 12D(1)(a) Akta tersebut, yang memberikan kuasa kepada agensi untuk membatalkan lesen mana-mana pengendali yang melanggar syarat-syaratnya. – Harian Metro
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
KOMEN TERKINI