ARKIB

KATEGORI

Buletin

INFO : Diskaun perjalanan selama setahun untuk ke hospital! Kerjasama pintar antara Grab dan Kementerian Kesihatan Malaysia

Views

Bermula 1 April 2018, Grab dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mulakan promosi diskaun perjalanan ke/dari hospital terpilih! Inisiatif ini bakal memudahkan pesakit untuk pergi temujanji hospital atau melawat pesakit, tanpa perlu pening kepala untuk mencari parkir.

Nilai Promosi :
Pengguna Grab baharu layak mendapatkan potongan RM4 x 4 Grab perjalanan ke/dari hospital terpilih, bermula 1 April 2018 – 28 Februari 2019.

Penggunaan Promosi :
Boleh digunakan untuk pembayaran secara tunai dan GrabPay. Terhad kepada 5000 tuntutan sebulan.

Kod Promo: GRABMOH

Berikut adalah beberapa lokasi hospital yang terpilih:

LEMBAH KLANG

  • Hospital Kuala Lumpur
  • Hospital Kajang
  • Hospital Ampang
  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah
  • Hospital Selayang
  • Hospital Serdang
  • Hospital Sungai Buloh
  • Hospital Putrajaya

ALOR SETAR

  • Hospital Alor Setar

PULAU PINANG

  • Hospital Pulau Pinang

IPOH

  • Hospital Raja Permaisuri Bainum

KUANTAN

  • Hospital Tengku Ampuan Afzan

JOHOR BAHRU

  • Hospital Sultanah Aminah

SEREMBAN

  • Hospital Tuanku Ja’afar

KUCHING

  • Hospital Umum Kuching

KOTA KINABALU

  • Hospital Queen Elizabeth

Cara mendapatkan diskaun :

Langkah 1:
Muat turun aplikasi Grab dari Apple App Store atau Google Play Store.

Langkah 2:
Pilih ikon GrabCar/GrabTaxi/GrabShare/JustGrab dan tekan Next.

Langkah 3:
Tempah Grab ke/dari lokasi pilihan anda yang tersenarai dengan kod promo GRABMOH.

Langkah 4:
Nikmati perjalanan dengan diskaun Grab!

Layari  https://www.grab.com/my/grab-x-ministry-of-health untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat.

Sumber: Laman Facebook Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply