ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lawatan ke Institusi Penyelidikan Geely (GRI) buka mata pengedar Proton

Views

Seramai 33 orang pengedar Proton dari Malaysia baru-baru ini telah dibawa melawat ke Institusi Penyelidikan Geely (GRI) di Hangzhou Bay, China. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk berkongsi pelan masa hadapan dengan memperkenalkan kemajuan dan perkembangan teknologi yang digunapakai di Geely. Lawatan ini juga memberikan perspektif luas kepada mereka tentang keupayaan Geely dan pada masa yang sama model-model yang bakal mereka keluarkan telah dipamerkan dan ini akan membantu meningkatkan keyakinan mereka terhadap masa hadapan Proton.

Delegasi Proton telah disambut oleh Ting Pin, seorang kakitangan Geely telah ditugaskan untuk membantu menyediakan keperluan mereka dan kemudiannya meneruskan lawatan ke pusat pameran INTEC. Geely INTEC mewakili teknologi-teknologi ‘IN’ yang merangkumi Intelligence (pintar), INtrend (mengikut gaya terkini) dan INtergration (integrasi) serta meliputi 5 komponen iaitu G-Power, G-Safety, G-Blue, G-Netlink dan G-Pilot.

  • G-Power – Pembangunan rangkaian kuasa (powertrain) serta enjin.
  • G-Safety – Sistem keselamatan pada enam tahap yang merangkumi keselamatan pemanduan, sistem bantuan pemandu, maklumat bantuan dan amaran keselamatan, sistem keselamatan aktif, keselamatan perlanggaran, penggera dan penyelamat kemalangan.
  • G-Blue – Teknologi kereta ringan, pengurangan penggunaan bahan api dan pemancaran serta pembangunan kereta tenaga baharu seperti Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Hibrid Plug-in (PHEV) dan Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV).
  • G-Netlink – Sistem untuk membantu mewujudkan persekitaran pemanduan yang lancar dan lengkap dengan panduan maklumat serta reka bentuk kunci kereta maya seperti kereta tanpa kekunci, yang boleh diaktifkan melalui telefon pintar. Teknologi ini telah digunapakai oleh Borui.
  • G-Pilot – Pemanduan berautonomi.

Borui yang dipamerkan di INTEC dilengkapi dengan teknologi pemanduan berautonomi dan menerusi pembangunan intensif dalam beberapa tahun akan datang, ia dijangka mencapai tahap pemanduan autonomi yang selamat selepas tahun 2020. Geely turut membawa delegasi Proton ke pusat pengujian rangkaian kuasa (powertrain), Pusat Ujian Kenderaan dan Kilang Rintis (Pilot). Secara keseluruhannya, lawatan ini berjaya mencapai matlamatnya kerana para pengedar berpeluang menyaksikan sendiri teknologi maju yang sedang dibangunkan di GRI yang mana bakal digunakan pada model-model Proton yang akan datang.

Ha Yi Wei dari Juara Mulia Motor Sdn Bhd sangat kagum dengan lawatan itu dan beliau berkata, ia merupakan pengalaman yang paling berharga dan beliau melihat Geely sebagai sebuah syarikat yang terkemuka, besar dalam pelaburan pada masa depan, dan yakin Proton mempunyai masa hadapan yang cerah.

Nur Shazzani Ahmad Shukri dari Pengangkutan Sedar Sdn Bhd juga merasa kagum dan yakin kereta-kereta yang bakal dikeluarkan oleh Proton melalui rakan niaga bersama Geely selepas melihat sendiri pembangunan di GRI. Ia menunjukkan bahawa Geely sendiri mempunyai teknologi yang hebat dan keupayaannya sangat maju dan futuristik. Selain itu, mereka juga mempunyai pekerja profesional dan mempunyai bakat terbaik dari seluruh dunia yang bekerja untuk membangunkan kereta teknologi tinggi masa hadapan.

Tambah Shazzani lagi, Geely merupakan rakan niaga yang paling sesuai untuk Proton. Dari segi perspektif perniagaan, ini merupakan satu kelebihan kerana perkongsian ini dapat memberikan para pengedar akses kepada pengeluar kereta yang lebih besar dengan kemudahan bertaraf dunia dan berteknologi canggih.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply