ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

INFO : Enjin 1.0 liter turbo Geely paling berkuasa dalam kelasnya

Views

Jika dalam artikel terdahulu kami ada membuat andaian mengenai enjin Geely manakah yang paling sesuai digunakan oleh Proton pada masa akan datang, kali ini kami membuat perbandingan antara salah satu daripada enjin tersebut dengan enjin pengeluar lain. Yang kami maksudkan adalah, enjin berkapasiti 1.0 liter dari keluarga enjin G-Power. Ia dikatakan sebagai enjin yang paling berkuasa dalam kelasnya menurut laman sesawang Autohome.com.

BACA >> ANDAIAN : Adakah ini enjin dan transmisi baharu Geely yang bakal digunakan oleh Proton?

Enjin 1.0 liter tiga silinder dengan nama kod JLF-3G10TD itu mula dipertontonkan kepada umum semasa Guangzhou Auto Show 2016. Ia mempunyai kuasa maksimum 136hp atau 100kW dengan tork 180Nm (tork kemuncak 205Nm). Rujuk jadual perbandingan antara enjin tersebut dengan beberapa enjin yang sama kapasitinya dalam pasaran semasa di China seperti dibawah:

Jadual perbandingan antara enjin Geely 1.0T dengan enjin 1.0T yang lain
EnjinJumlah SilinderKuasa MaksimumTork Puncak
Geely 1.0T3136 hp205 Nm (tork yang diberi nilai 180Nm)
Guangzhou Automobile Group 1.0T3102 hp150 Nm
Ford 1.0T3125 hp170 Nm
Volkswagen 1.0T3116 hp200 Nm
GM Group 1.0T3117 hp166 Nm
Honda 1.0T3129 hp200 Nm
Hyundai 1.0T3120 hp172 Nm

Enjin Geely 1.0T menggunakan teknologi suntikan terus yang terletak pada bahagian atas enjin, berbeza dengan pengeluar yang lain. Selain itu, ia lebih ringan, cekap bahan bakar dan menepati piawaian ketat pelepasan asap Euro 6. Enjin ini akan mula dipasang pada model generasi baharu A0 dan A00 Geely.

Cuba bayangkan enjin ini menjadi penjana kuasa model baharu Proton pada masa depan, digandingkan pula dengan transmisi automatik 7-kelajuan (7DCT) sudah pastinya ramai yang tak sabar menantikan kemunculannya kan? Kami pun tak sabar sabar untuk mengujinya nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Jika diteliti range kereta Geely semasa, rata2nya adalah dari segmen C & D. ini mungkin disebabkan pengaruh tech transfer dari Volvo. Emgrand dan Boyoue antaranya. Saya masih tak nampak sinergi produk2 sedia ada Geely yang boleh dimanfaatkan ‘sepenuhnya’ oleh Proton bagi pasaran Malaysia mahupun RHD.
    Sebagaimana result penjualan terkini Proton, best seller mereka adalah dari segmen A dan B iaitu Saga dan Persona. Saya rasa bagi jamin kejayaan Proton yang tinggi Geely perlu mempergunakan Proton bagi segemen A & B manakala segmen C & D serah sahaja kepada Geely. Dengan cara ini ialanya lebih efisien dan fokus kepada pasaran.
    Bagi demografik orang Malaysia pula, mereka tidak sesekali akan keluarkan lebih daripada RM70k untuk kereta tempatan, kerana bagi mereka dengan julat harga begitu mereka boleh dapatkan kereta badge T & H walaupun spek lebih rendah. Satu perkara yang perlu diambilkira oleh pengurusan baru Proton & Geely.

Leave a Reply