ARKIB

KATEGORI

Buletin

Info ringkas Tesla Cybertruck – Hebat sangat ke getah ‘penyendal’ pintu bergerak ni?

Berita Global

Views

Trak pikap elektrik, Tesla Cybertruck akhirnya dilancarkan secara rasmi di Amerika Syarikat, setelah pertama kali dipertontonkan kepada ‘penduduk bumi’ pada November 2019.

Cybertruck menampilkan reka bentuk radikal dan pelik seakan getah ‘penyendal’ pintu, yang lari dari kelaziman rekaan sebuah trak pikap biasa. Sekali gus membuatkannya cukup ‘tersohor’ dalam kalangan peminat, waima pemerhati automotif.

Apa yang menarik, getah ‘penyendal’ pintu bergerak ini mempunyai panel badan yang digelar sebagai ‘exoskeleton‘ yang diperbuat daripada panel besi tahan karat-ultra keras yang dapat mengurangkan kerosakan, lekukan, kakisan dan juga kalis peluru.

Buktinya, Tesla telah melakukan demonstrasi Cybertruck ditembak dengan senapang Thompson. Cerminnya kini mampu bertahan dengan impak bola lisut (baseball) pada kelajuan 113 km/j. Ia juga ‘bersifat akustik’ yang mampu menjadikan kabinnya lebih sepi, ‘ibarat berada di angkasa raya’.

Ruangan kabin Cybertruck masih mengekalkan tradisi model-model Tesla sebelumnya dengan menampilkan gaya rekaan papan pemuka yang sangat minimalis. Ia dilengkapi panel sesentuh bersaiz 18.5 inci di bahagian tengah serta panel sesentuh berukuran 9.4 inci untuk penumpang belakang.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Berikut adalah info ringkas mengenai Tesla Cybertruck:

Varian

Tiga varian ditawarkan dengan bilangan motor elektrik yang berbeza, iaitu Rear Wheel Drive (RWD) (motor elektrik tunggal), All Wheel Drive (dwimotor elektrik) dan Cyberbeast (tiga motor elektrik).

Kuasa dan jarak pandu

Untuk varian Rear-Wheel Drive ia tidak didedahkan, namun ia mampu memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam 6.5 saat dan mencapai kelajuan maksima 180 km/j. Jarak pandu bagi varian ini adalah sekitar 402 km.

Varian All-Wheel Drive pula mampu menjana 608 PS dan 10,080 Nm. Pecutan 0 hingga 96 km/j mampu dicapai dalam tempoh 4.1 saat. Kelajuan maksimanya adalah sama dengan varian Rear-Wheel Drive. Jarak pandunya sekitar 547 km atau 756 km dengan range extender.

Varian paling ‘power‘, Cyberbeast mampu menghasilkan sehingga 857 PS dan 13,959 Nm. Ia mampu memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam masa 2.6 saat, manakala kelajuan tertingginya mencecah 209 km/j. Jarak pandunya adalah 515 km atau 708 km dengan range extender.

Dimensi

Dari segi dimensi, Cybertruck berukuran 5,682 mm panjang, 2,413 mm lebar dan 1,790 mm tinggi , manakala  jarak antara gandar roda 3,810 mm.

Bahagian belakang (bed) pula berukuran 1,829 mm panjang, 1,219 mm lebar dan mempunyai ruang penyimpanan dengan kapasiti 1,897 liter.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Kapasiti muatan dan menunda

Kesemua varian Cybertruck mampu menampung beban sehingga 1,134 kg. Walaubagaimanapun, kapasiti menundanya adalah berbeza. Varian RWD mampu menunda sehingga 3,402 kg, varian AWD dan Cyberbeast pula mempunyai kapasiti tunda sehingga 4,990 kg.

Harga

Agak mengejutkan, harga yang ditawarkan ‘jauh lebih mahal’ berbanding apa yang dijanjikan oleh bos besar Tesla, Elon Musk sebelum ini.

Berikut adalah senarai harga Cybertruck mengikut varian:

  • Rear-Wheel Drive – USD60,990 (RM284,756)
  • All-Wheel Drive – USD79,990 (RM373,465)
  • Cyberbeast – USD99,990 (RM466,843)

Penghantaran Tesla Cybertruck untuk varian All Wheel Drive dan Cyberbeast akan bermula pada tahun 2024, manakala varian aras rendah iaitu Rear Wheel Drive hanya akan bermula pada tahun berikutnya, iaitu 2025.

Adakah Tesla Malaysia akan membawa Cybertruck ke pasaran tempatan? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply