ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan Pahang sasar 160 stesen pengecas EV menjelang 2025

Berita Tempatan

Views

Kerajaan Pahang menyasarkan untuk memasang 160 stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negeri ini menjelang tahun 2025.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu bagi membantu meningkatkan lagi pemilikan kenderaan EV dalam kalangan rakyat Pahang.

Menurutnya, berdasarkan jangkaan, jualan kenderaan EV akan mencapai empat kali ganda tahun ini didorong insentif seperti cukai jalan percuma sehingga 2025 dan pengecualian duti import.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Ujar beliau, setakat ini beberapa stesen pengecasan telah dipasang namun belum mencukupi, jadi kerajaan negeri akan tambah lagi kemudahan itu bagi memenuhi keperluannya.

“Bila kita bercakap tentang EV ini, ramai yang masih bimbang tentang kemudahan stesen pengecasan di destinasi tujuan. Mereka risau tidak sempat patah balik, bateri habis di tengah jalan sebab itu ia akan ditambah lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pusat Pameran, Jualan, Servis dan Alat Ganti (4S) Chery Malaysia di Kawasan Perindustrian Semambu di Kuantan pada Ahad.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri juga sedia mempertimbangkan penggunaan EV sebagai kenderaan rasmi pada masa akan datang.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

“Kita (kerajaan negeri) bagaimanapun tidak boleh membuat keputusan terburu-buru dalam perkara ini kerana ia masih baharu.

“Sekiranya kenderaan ini terbukti lebih baik, tiada masalah untuk kita gunakan tapi bukan dalam masa terdekat,” jelasnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Wan Rosdy berkata, pusat khidmat 4S Chery Malaysia di Semambu di Kuantan adalah yang terbesar di Pantai Timur.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Chery Malaysia kerana memilih Kuantan, sekali gus menunjukkan keyakinan pelabur asing terhadap potensi dan pertumbuhan ekonomi di negeri ini. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wan Rosdy bin Wan Ismail

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply