ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: SUV Perodua (D38L) dan Toyota Rush, apa yang berbeza?

Views

Satu lagi info menarik yang kami nak kongsikan kepada anda hari ini adalah mengenai SUV terbaharu Perodua atau lebih dikenali dengan namakod D38L. Semalam perisik handalan kami Mat Bond telah membawakan kepada kami beberapa maklumat terkini mengenai SUV tujuh tempat duduk yang mempunyai kembarnya di sini iaitu Toyota Rush. Bukan setakat berkongsi pelantar, enjin dah transmisi yang sama, tempat kelahiran juga sama iaitu di kilang Perodua, Rawang.

Seperti yang kita ketahui, penjana tenaga model D38L ini menggunakan unit enjin 1.5 liter Dual VVT-i yang mampu menjana 105 hp dan 140 Nm tork dengan pacuan roda belakang yang gandingkan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan. Model D38L ini sebenarnya bukanlah seperti Myvi generasi baharu yang rekaanya dibuat oleh sepenuhnya oleh Perodua. Jadi, apa yang akan membezakan antara SUV Perodua dengan Toyota Rush?

JOM BACA >> Gambaran Digital SUV Perodua Rekaan Gunma Akagi

Menurut maklumat terbaharu yang kami perolehi dari Mat Bond, ada beberapa perkara yang membezakan SUV Perodua dengan Toyota Rush, antaranya ialah:

  • Perubahan kosmetik di bahagian hadapan dan belakang, terutama bentuk lampu hadapan, jeriji dan bampar yang lebih bercirikan Perodua dan mempunyai sedikit unsur gaya rekaan Myvi.
  • Rekaan dalamannya turut berbeza dengan Toyota Rush dengan kombinasi warna hitam dan sedikit kemasan krom di beberapa bahagian tertentu.
  • Dikhabarkan tanda harganya berada di bawah julat RM75K untuk varian biasa dan varian paling premium mungkin mencecah tanda harga RM80K.
  • Ada lima pilihan warna.
  • Dalam masa beberapa minggu lagi ia akan mula turun ke jalan raya pada waktu tengah malam, jadi kepada yang berada di sekitar Rawang kalau terjumpa kelibat SUV tengah ‘malam buta’ dengan celoreng penyamaran mungkin itu SUV Perodua.
  • Risalah SUV ini telah siap dicetak dan penasihat jualan juga telah menghadiri kursus mengenai model tersebut.

Buat masa ini namanya masih ‘dirahsiakan’ dan hanya akan diketahui apabila hampir ke tarikh pelancaran rasminya yang dijangka pada bulan Disember ini atau Januari tahun depan. Menurut rakan kami di Carlist.my , Perodua telah mendaftarkan tiga nama di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) iaitu Lasaq, Aruz, Impax yang berkemungkinan besar salah satu daripadanya bakal digunakan pada SUV ini.

Kami menjangkakan SUV Perodua (D38L) ini akan muncul lebih awal di Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, yang akan diadakan dari 23 November hingga 2 Disember 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Tidak dipastikan bagaimana Perodua nak mengacah pengunjung nanti, mungkin SUV ini duduk dalam kotak untuk diintai-intai oleh para pengunjung. Boleh jadi juga ada kejutan lain menanti anda di sana nanti, tunggu!

JOM BACA >> INFO: Proton Iriz MC2 bakal guna kotak gear baharu?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan rekaan Gunma Akagi.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply