ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran digital SUV Perodua rekaan Gunma Akagi

Views

Sesi meneka rupa SUV Perodua (nama kod D38L) tujuh tempat duduk yang bakal dilancarkan secara rasmi pada suku ke-empat tahun ini diteruskan! Kali ini, giliran Gunma Akagi mencuba nasib dengan membuat gambaran digital SUV tersebut dengan mengambil model asas Daihatsu Terios dan Toyota Rush di Indonesia. Menurut apa yang kami tahu, SUV ini ada persamaan secara teknikal dan mekanikal dengan kembarnya itu, dengan perubahan kosmetik mengikut bahasa rekaan Perodua.

SUV Perodua ini akan dipacu oleh enjin petrol 1.5-liter 2NR-VE Dual VVT-i (enjin sama pada model Avanza) yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 104 PS (76 kW; 103 hp). Enjin ini akan digandingkan dengan transmisi automatik empat kelajuan. Difahamkan ada beberapa ciri seperti Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Jelajah, Pendingin Hawa Kawalan Iklim mungkin tiada pada model ini dan ia hanya akan ditawarkan dalam tiga pilihan varian sahaja. Harganya pula dianggarkan antara RM69K hingga RM75K seunit mengikut varian.

Jika dalam artikel sebelum ini kami pernah mengatakan pada bulan Ogos atau awal September pula, penasihat jualan Perodua akan mula menjalani latihan produk, namun informasi tersebut telah disangkal oleh Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, YBhg Datuk Dr Zahari Husin. Beliau juga memberi gambaran yang Perodua mungkin akan memperkenalkan model SUV ketiganya ini pada tahun hadapan.

JOM BACA >> SUV Perodua Bakal Mempunyai Tujuh Tempat Duduk – Dikuasakan Oleh Enjin 1.5-Liter 2NR-VE Dual VVT-I

Berbalik kepada gambaran terbaharu dari Gunma Akagi, rekaan yang dibuatnya ini telah diolah daripada Daihatsu Terios dan Toyota Rush dengan menampilkan elemen gaya rekaan keluarga terbaharu Perodua yang diambil dari Myvi generasi baharu. Bentuk lampunya dan bamparnya juga berpandukan pada model Myvi dan sekilas pandang ia mirip model SUV Lexus.

Dari sisi, ia masih tidak banyak perubahan, hanya bentuk lampu belakang diubah, dengan memasukkan elemen tiub cahaya untuk menghasilkan kesan cahaya yang menarik ketika waktu malam. Sebelum ini kami pernah menularkan imej 3D Proton Perodua Kembara generasi baharu hasil karya terbaharu oleh Idiyaz Baharuddin yang telah berjaya menarik perhatian netizen.

Apa pendapat anda mengenai gambaran terbaharu dari Gunma Akagi ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen atau di laman Facebook kami.

JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply