ARKIB

KATEGORI

Buletin

INFO TERKINI : Model CH@P3-22A bakal dilancarkan seawal pertengahan bulan Ogos!

Views

950x761xpreve-spy-july-13-02-950x761.jpg.pagespeed.ic.NLs53JYLY9
* Gambar sekadar hiasan

Ini merupakan info yang baru diterima, dikatakan model CH@P3-22A bakal dilancarkan seawal pertengahan bulan Ogos ini. Tarikh pelancaran rasmi belum lagi dimuktamadkan. Nama model ini juga masih lagi menjadi tanda tanya, namun spekulasi mengatakan model ini akan menggunakan nama SUPREME@SUPRIMA. Sebelum ini Proton telah menghantar permohonan untuk membuat trademark nama SUPRIMA ke MyIPO.

Model ini akan mempunyai varian executive dan premium, pebezakan ketara pada bahagian luaran adalam rim, untuk varian executive menggunakan rim 16″ manakala varian premium menggunakan rim 17″. Enjin masih lagi mengekalkan CFE dengan kotak gear CVT dan mungkin varian manual 6 kelajuan ditawarkan kemudian. Bahagian dalaman pula untuk varian executive menggunakan kemasan fabrik dan varian executive menggunakan kemasan kulit dengan tambahan 2 speaker (tweeter).

Selain itu model P2-30A@GSC juga sedang memasuki fasa pembinaan prototype (P-Zero) dan kali ini Proton menggunakan kembali khidmat LG sebagai penasihat kejuruteraan. Model kompak segmen B ini mungkin menggunakan enjin IAFM (tak pasti sama ada IAFM sahaja atau IAFM+) 1.3L dengan kotak gear CVT dan manual 5 kelajuan selain menggunakan hampir 90% komponen baru. Nampak gayanya lepas ini kita akan dapat melihat prototype bertampal membuat ujian jalan raya, jadi bersiap sedia wahai paparazzi semua!

Untuk model pengganti Perdana pula, memang sah ia menggunakan model Honda Accord 2.4L. Buat permulaan kereta ini hanya dibuat untuk kegunaan rasmi kerajaan Malaysia. Senang cerita model ini sama la macam Inspira dengan Lancer (rebadged), Proton hanya mengubahsuai bumper dan gril hadapan serta ada perubahan pada lampu belakang. Spesifikasi dan bahagian dalamannya juga tiada perubahan. Bilakah model ini akan diperkenalkan belum lagi dapat dipastikan, tapi ada yang dah tengok kata gril dia ala Passat, entah la..tunggu je la ye.. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

84 Comments


  • Admin,Importance we want to know is Re-badge Accord will use 8 or 9 generation Accord, 9 Gen will launch soon in by Honda Malaysia, if using 8 Gen many people will blame government using old tech, but if re-badge using 9 Gen, rakyat will blame Honda Malaysia, and will lost normal Market. hope can get info from it.


  • SUP RIMAU ke? kekeke…

    most probably, it will use 8 Gen Honda..phew..old tech. just prepare your shield proton n goverment. but IF price is competitive enuf, who would care then? it business man. profit first,others come later.


  • err maaf mencelah,
    bukan ke Suprima tu untuk replacement model Perdana?
    lebih sesuai kalau menteri2 yg pakai Suprima baru supreme hehe
    Preve Hatch biar la Preve. letak la Preve R ke Preve RS ke huhuhu


  • mengikut cerita beberapa org kwn, terdapat 3 peringkat perdana baru yg akan dtg, peringkat pertama akan sama seperti honda sedia ada(utk kegunaan kerajaan), peringkat kedua akan ada perubahan pada air grill bumper dpn dan blkg dan peringkat ketiga penggunaan enjin petronas bermula! accord generasi ke-8 la… tak kan yg baru.. dua2 syrkt nak untung ma… apa pun terbaik DRB! sy akan tunggu kemunculan perdana ini.


  • Apa pun harga mesti yang terbaik…nape perdana replwcement kena rabdage juga…kerajan dah tak sabar sangat ke nak tunggu full car..dan bukan versi rebadge…kalau kerajan pun cuma tukar lencana.baik pakai honda accord terus…senang cite…proton bukan dapat banyak pundengan rebage ni…kalau perodua lain cite ar…memang diaorang lagi xpert bab bab tukar lencana ni…

    nape gsc pakai iafm…paling tak stabil minyak dia…tuka tuka lah enjin tu…kalau bukan enjin petronas pun,pakailah enjin cps…lahi bagus…rasanya enjin petronas ada banyak patent enjin yang kecik….nape tak pakai je patent tu buat enjin baru..tapi kalau benar dalam 1st quarter tahu depan…memang pembangunan kerta paling pantas…kcuali bawa banyak idea dari EMAS…menarik


  • p2 30a probably that’s been meuled by widened savy.

    i hope this would be the Malaysians favorite small car with easy to maintain (availability of parts) , quite a performance with 1.3 and economical with cvt.. and carried over the solid ride from the savy.

    we hope proton is producing irresistible second car with the friendly price and goof FC.
    attract younger owner as it unique looking car (savy does but yet we dont know this)

    people who own exora would want a small one next to it.
    pensioner who use it to the mosque. picking up their grandchild.
    u or collage students who their parents can afford,

    or its simply its everybody’s car who gathers as a huge owners club.

    -we hope p2 30a comes with waves and color with likable character-


  • GSC akan menggunakan enjin CamPro NFE, sebuah engine yang sepatutnya keluar bersama-sama enjin CamPro CFE tetapi ditangguhkan pembangunannya semasa era Dato Syed ats faktor kos dan rancangan kerjasama Proton-Mitsubishi untuk menggunakan enjin 3A92(Enjin Mirage sekarang).
    Ianya bakal menggunakan teknologi VVT berbanding teknologi VIM(IAFM) yg diguna pakai oleh engine IAFM sekarang dan terdapat 2 varisi 1.3L dan 1.6L.
    Kelewatan GSC berikutan perubahan besar yg dibuat oleh PROTON-DRB dari rancangan asal utuk mengeluarkan kereta kompak bersegmen A kepada bersegmen B dan membatalkan rancangan platform sharing bersama-sama Mitsubshi(model mirage).


  • Polo bukan A segment. Polo B segment.
    Golf dah masuk C segment hot hatch.

    B segment hatch = Fiesta, Swift, Myvi, Mazda 2, Kia Rio, Honda Jazz, Honda CRZ,

    C segment hatch = P3-22A, Mazda 3, VW Golf, Ford Focus, Lexus CTH200, Mercedes A200, Kia Cee’d, Honda Civic, Toyota Auris.

    A segment dah tak banyak, sebab kebanyakkan manufacturer sekarang dah move ke B segment hatch.


  • Oh…macam gitu rupanya…tq geng…kalau ikut trend pun mnampak yang b segmen lrbih berkuasa skarang…lebih ekonomi tuk d buat…patutlah,..


  • @abc
    sure ke Proton nak intro NFE masa kluar CFE??
    CFE dah announced specs masa 2010/2011 kan? anyway as long as its not iafm or the mirage 3 cyl engine.. slow giler engine tu sama dgn viva


  • Menangis la pemilik Honda Accord lepas ni. My Honda tak guna. Honda Jazz tu dah mulakan R&D localised part2 di Malaysia. Saya dapat hidu part2 ni akan juga digunakan oleh Proton memandangkan mereka ada JV.


  • Erk..boleh tak proton buang nama campro tu pada enjin generasi baru kelak? bagilah nama apa sekalipun, yg penting nama campro dah takde.hehe


  • dgr2 perdana accord tu, utk government use only, takde jual kat public… so current 8 gen accord owner xde la bebulu sgt.


  • tak rasa honda nak bagi platform baru dia… rugi lah business.. unless proton beli dengan harga juta2 then baru lah honda nak bagi.. ni nak save cost to add variant jer… business decision.. lg pun bukan org awam guna.. so jgn risau sangat pasal perdana replacement ni..


  • Proton takde modal nak buat kereta segmen D. terpaksa guna cara rebadge atau guna platform Honda accord. Dan mengikut apa yg saya baca di CBT, syarikat2 kereta lain agak berbulu juga dengan keputusan kerajaan untuk menggantikan kereta rasmi perdana dgn kenderaan yg telah ditetapkan iaitu accord. so macam ada sorong tarik kerana kerajaan meminta mereka menurunkan harga tapi dalam masa yg sama tidak berlaku adil dgn mereka.


  • All this while I thought post 2013 new model will be powered by the Family Y engine. I guess I was misguided by some of the hardcore fans. I hope there will be some good news to this as I myself is waiting for GSC.

    I concur with a guy here who said that GSC will fail if it is power by Campro.


  • I already booked inspira..but when i read this entry.,now thinking to hold n wait for this car…knape lambat sgt launch!!!!!!…is this car any better than inspira or shud i just go for inspira…??? Very confuse now..anybody can help me????


  • @ahmad

    As a layman, I doubt this hatchback variant would have that much of a different compared to its saloon brethren. So if you can live with the saloon variant, this hatchback would not be an issue for you.


  • Baik kerajaan guna honda accord dari rmeabdge…baut malu proton je dengan rebadge ni…sebelum waja ok lah…nape tak rebadge mercedes terus…adus…

    Maknanya pemabnguna enjin campro sngat berbaloi sbb banyak varian enjin boleh buat…patut guna juga enjin petronas tuk sports mode…R3 edition ke…


  • @gie7

    Kos nak buat platform baru paling kurang 600 juta untuk D segment. Mungkin lebih.
    Lepas tu, volume untuk D segment dalam 1000 unit per month, itu total semua brand punya jualan kat malaysia.

    Kalau Proton buat D segment sendiri, jual kat malaysia.. sales dalam 100 je sebulan kot. D segment bukan kereta murah. Aksesori kene lengkap, enjin kena besar. Paling kurang Proton kene jual 120k untuk D segment.

    Kalau takde econmies of scale, memang tak balik model buat sendiri. Lebih baik focus dkt A/B segment.


  • ALA KORANG,
    rebadge zaman 21 nh dah normal. jangan korang nak kata biler proton nak rebadge jer korang kata ketinggalan zaman la aper la. GMC lagi kla rebadge fiat untuk van dan fiat chrysler rebadge untuk fit in model.


  • @prolever

    Agree, Japanese and European done that as well.

    But the thing is, we are rebadging an outgoing model instead of the incoming one. Catch my drift?


  • Excerpts from press conference by Proton’s adviser Tun Dr Mahathir
    Mohamad

    Q: How many more years do you think Proton has to be protected?

    A: The protection now has been reduced. It is a progressive thing.
    Please remember that it is not protecting Proton but it is protecting
    the vendor. Now if you don’t want to protect the vendors, that is fine
    with Proton. Then we can source all our parts and components from
    cheaper sources including China, maybe at half-price.

    Then we can compete. We can get the engine and everything. We can even
    build in China, or some other countries at a very much lower cost.

    Q: Why the need to protect Proton?

    A: Proton is protected simply because Proton has a job to do, to build
    up the automotive and engineering capability of Malaysia. And to do
    that, Proton will have to put up with higher prices and ensure that
    vendors are capable. All this costs money. Proton doesn’t mind if the
    subsidies are taken away. If Proton does not support the vendors, most
    of them would go out of business — some 20,000 to 25,000 people will
    lose their jobs. The national car has been the catalyst for improving
    the engineering capability of Malaysia. We have done that, at a cost
    to us, at a cost to the Government, because they have to protect us.

    Q: How is the protection now?

    A: Now, of course the protection is not only ineffective, it is, in a
    way, having negative results because of cars that are being imported
    and quoted at below market price. So, unless the costs are revised, so
    that they are the same as in other countries, Proton would not be able
    to compete with them. And I think Government has lost huge sums of
    money because of this underquoting, under-declaration.


  • @takin

    NFE atau Natural Fuel Efficiency mempunyai 2 varient iaitu 1.3L dan 1.6L.
    Enjin tersebut adalah varient darpada enjin CamPro.
    Enjin CamPro bermula dari enjin asas yg digunakan pada model gen-2 sebelum diperkembangan kepada beberapa varient iaitu CPS,IAFM dan NFE/CFE.
    Buat pengetahuaan, kebanyaakan pembuat enjin/kereta akan menggunakan asas rekaan enjin (enjin architecture) yg sama tetapi system kawalan pembakaran berbeza mengikut kemajuan teknologi. CPS,IAFM dan NFE/CFE adalah 3 jenis system kawalan pembakaran berbeza yg digunakan Proton untuk enjin asas CamPro.
    Buat perbndingan klu x salah saya Mitsubishi,Hyundai dan Chrysler menggunakan enjin asas yg sama tetapi berlainan system pembakaran untuk enjin 4B1(Mitsubishi), Theta(Hyudai) dan Gema(Chrysler) mengikut kemajuan teknologi masing-masing.

    @jw

    CamPro NFE sebenarnya ialah ejin asas untuk enjin CFE sebelum di turbo chargekan.


  • @abc

    Kalau betul NFE ialah Campro w/o CFE, maknanya memang 1.3l dan 1.6l. Sebab Family Y engine khabarnya 1.2/1.5/1.8.

    Sebab ada rumors katanya NFE ini ada turbocharged mungkin salah. Kalau dah namanya ‘Natural Fuel efficient’.

    Mungkin NFE ialah IAFM yang baru, naturally aspirated campro dgn teknologi intake yang berbeza. Cumanya nama NFE lebih segar dari IAFM, dan penjimatan minyak merupakan fokus mungkin.

    Kalau betul, berita ini secara pramatang tidak berapa baik untuk GSC.


  • nfe could be a Normally aspirated Fuel Efficiency with vvt,
    cte = turbo + vvt
    nfe = vvt

    do not know actually ,just a guess.

    gen Y is due on 2014

    anyway we hope for the best.
    and again i hope PROTON REVISE ITS PEDAL AND STEERING DIMENSION RELATIONSHIP FOR A MORE RESPONSIVE HNUMAN CONTROL OVER THE CAR. ALSO IT ALSO EQUATES SAFETY WHEN THE CONTROL IS RIGHT.

    REMENBER , SAFETY FIRST. (SERIOUS MATTER ISNT IT) FAULTY DESIGN CAN CAUSE DAMAGE TO HUMAN KIND.


  • @ruffstuff

    Mengatakan NFE adalah IAFM yg baru mungkin tidak berapa tepat kerana system VVT(NFE) dan IAFM lansung x sama. VVT mengawal kemasukan angin dan minyak bagi tujuan pembakaran melalui kawalan system valve mengunakan system hydraulic-sebab tu nama die variable valve timing tetapi IAFM mengawal angin bagi tujuan pembakaran dengan mengawal jarak laluan angin kemasukan pada RPM rendah dan tinggi- sebab tu nama die Intake Air-Fuel Module.

    Pembanguanan sebuah enjin dari concept design hingga versi pengeluaran memerlukan masa sekurang-kurangnya 24bulan ke 36bulan.
    Dgn pembatalan kerjasama Proton-Mitsubishi yg sepatutnya menjadi asas pembinaan kereta GSC (platform&enjin sharing) mengakibatkan Proton menghadapi kesempitan masa dalam mengeluarkan produk menggunakan enjin baru.- Sebab tu la kalau kita perasan asalnya mule test guna Mirage (era Dato Syed) tetapi sekarang guna savy dilebarkan (era Proton-DRB).
    Tindakkan Proton-DRB menyusun semula segmen kereta GSC dari A ke B pada pengamatan saya adalah tindakan bagi mengoptimumkan kemampuan variasi Campro yg berkapasiti 1.3L dan 1.6L.
    Saya menjangkakan tindakan ini adalah bagi mengisi gap pembangunan enjin baru oleh era Proton-DRB.-Klu x perlu tunggu 3 tahun baru keluar kereta model baru.
    Tambahan lagi dengan pembelian pattern enjin dari Petronas oleh era Proton-DRB mengakibatkan rancangan engine Family Y dirombak bagi menyusun varient enjin yg benar-benar perlu dibangunkan oleh Proton bagi mempelbagaikan produknya.


  • ahmad says:
    15/07/2013 at 4:21 am
    I already booked inspira..but when i read this entry.,now thinking to hold n wait for this car…knape lambat sgt launch!!!!!!…is this car any better than inspira or shud i just go for inspira…??? Very confuse now..anybody can help me????

    as i tested the exora cfe the torge surge is good. non of the NA engine.
    might nearly withe the sibling preve.

    as for inspira the way of how the cvt modulates with its engine is beautiful. (sampled by ASX i tested)
    anyway the na engine is rev hunters. which it maskes u feel CFE stronger when heavy on the throttle.

    but REFINEMENTS of the drive-lines is on inspira side.


  • @ajie cost utk producing satu platform utk segmen C/D sgt la mahal utk PROTON yg jualan tahunan nya xsampai 200000 unit setahun.. kenapa diorg rebadge current market.. coz they know there is demand from car enthusiast yg akn convert Lancer or Evo 10..


  • @ eimranehackieme

    setuju benar sharing platform akan menjimatkan kos. Ianya sgt memerlukan kos yg tinggi dgn pasaran Proton yg sgt terhad, adalah tidak menguntungkan utk membangunkan platform baru. Even Perdana dulu pun dah guna method yg sama…Mitsubishi Eterna.

    Point disini bukanlah soal keperluan utk rebadge. Ianya soal pemilihan model. Jika tujuan rebadge ini adalah utk komersil atau business orinted, maka pemilihan model Honda Accord nmpk kurang tepat sedangkan Honda Accord telah lama berada dalam pasaran TEMPATAN. Apa keperluan utk rebadge? Dengan ura2 ianya dibuat utk kegunaan rasmi kerajaan shj, bagaimana nak capai volume yg sudah pun terhad. Adalah lebih berbaloi menggunakan platform model yg tidak berada dalam pasaran seperti model import lain dr Honda. (Honda Malaysia owned by DRB)

    Melainkan ianya ada political mileage yg sedang dibuat antara DRB & kerajaan. Nmpknya tidak memberi apa2 kelebihan atau pilihan kpd pengguna dlm masa terdekat ini.


  • @ajie
    Betul juga pendapat tu..Rebadge kali ini just untuk asalkan ada je. maklumlah, kereta perdana dah uzur sangat. nak tak nak kena tukar. Kalaulah kata nak jual kpd pengguna, rasanya org pikir panjang juga sebab rebadge model accord yg lama.

    So kepada yang berkemampuan dan nak menukar kpd kereta segmen D, baik takpayah tunggu proton. better go ahead dgn camry, accord, passat, 508, mazda 6,…


  • ingatkan tahun depan dah leh tengok enjin baru proton yang pakai teknologi Spray-Guided Gasoline Direct Injection technology. campro msih pakai port injection even untuk CFE. kalau NFE pun base macam CFE maknanya port injection juga la.

    volkswagen sekarang famous sebab enjin TSI dia tu jugak. dah la direct injection, turbocharge pulak. perfornance tinggi tapi minyak jimat kaw-kaw..

    nampaknya lambat lagi la nak dapat merasa enjin teknologi petronas?


  • Spatutanyalah…kalau dah nama global,enjin variasi baru patut d pekenalkan…baru mengaum macam harimau d logonya…hehe..apa punvarian baru kena sangat kompetitif dia punya minyak dan juga kemampuannya…sudaj pasti model ini akan d jual d luar negara..enjinpetronas jangan lama sangat…nak juga merasa dia punya power…pe kata kuar tuk versi R3….


  • Nape bila kita produce kreta asik nak fikir volume kreta yang boleh d jual dlam negara sahaja..takkan kreta kecik je proton nak kuar luar negara…nape kita tak boleh produce kreta d segmen n jual kat luar negara…proton kena push krete ni ke luar negara juga…baru goleh jadi pemain global…sape kata tak bolehS


  • @gie7

    Tengok reputasi Proton. Proton takda reputasi untuk jual D segment. Even untuk C segment pun Proton masih strugle. GSC sangat penting dan terlalu penting untuk bina balik reputasi Proton. Kalau ramai yang guna GSC, dan feedback pun baik, baru GSC boleh berjaya dkt negara luar.

    Tapi kalau dengan reputasi sekarang, Proton jual D segment dekat global, memang tak laku.


  • @ruffstuff…terima kasih banyak bagi feedback kat aku…sori banyak benda aku tak tau…walaupun reputai teruk,proton kena buat juga..sikit atau besar market kena buat juga…kata nak jadi pemain global…kena belajar baru tau orang terima atau tak..pe pun dia punya benchmark kena yang paling bagus…dia punyan interior dan kualitit kena tip top…ala…orang drb banyak pakai krta eropah kan…mesti tau kualili yang bagus tak bagus…


  • Apa yang saya baca kat atas ada orang kata rebadge accord. Ada yang kata sharing platform.. Mana satu nih..Ada yang kata buat platform baru mahal pasal itu rebadge saja. Tapi kalau buat platform baru mahal, share sajalah platform tuh. Kenapa perlu rebadge?


  • @gie7

    Boleh buat D segment sendiri, kena tunggu sampai Proton dah diterima macam brand korea.

    Kalau buat 600 juta kos, tapi tak jual, sapa nak tanggung rugi tu. Walaupun kualiti tip top engine power bagai, orang takkan beli Proton Segment D RM130k. Percayalah. Ini semua sebab brand image. Buat apa beli Proton sampai 130k. Itu mindset kita dan mindset global lagilah.

    So kena start balik dari bawah. GSC. Offer global safety standard, kualiti, specs, price yang kompetitif. Kalau dapat volume, dapat profit, dapat feedback bagus, dapat bina reputasi.


  • Memang agak sukar untuk proton mencipta nama menembusi pasaran global. Tapi ia tidaklah mustahil. Sebenarnya proton mempunyai nama yg dikenali terutamanya di pasaran UK bermula dgn pengenalan proton saga @mpi, wira @ persona dan juga waja @ impian. Namun kenderaan proton selepas2 itu terus dipandang sepi dan tidak diberi liputan meluas. Satria, Savvy, Gen-2, walaupun diberi liputan, namun lebih kepada negatif.

    Dunia automotif sekarang tak sama seperti tahun2 80an dan awal 2000. setiap syarikat sangat agresif. proton agak ketinggalan dari segi ini. Mungkin terlalu menumpukan kpd pasaran tempatan yang akhirnya turut tepu. GSC menjadi penanda aras baru. sekiranya ia mendukacitakan, perjalanan proton akan lebih sukar.


  • commenting here and there,
    but the least i ask proton is to extend or lengthen the steering column / shaft by 20 to 30mm.
    in proton cars.
    driving would ease arm and legs. response to the steering more with lesser effort , quick response in emergency situation, not an uncomfortable too upright seating due to a bad relationship of steering and pedals. overall ,its a piece of enjoyable drive.

    this is vital as part of the CAR/HUMAN RELATION FOR A COMFORTABLE AND SAFER DRIVING.


  • @ruffstuff

    betul juga kata bro tu..apa pun dia punya r n d dah kena buat awal2..jangan orang dah terima baru terhegeh2 nak buat kajian itu dan ini…kualiti kena tiptop…orang yang duk beli kereta proton akan beli kereta proton juga…kecuali persaingan sangat hebat…tapi jazz dengan persona orang beli persona lagi kalau yang nak ada boot…semua boleh jadiu..yang penting ilitzam tuk menjadi lebih baik


  • Pelik..
    Bila Design tak cantik.. diorang kata tak cantik.. (Betul ke tak cantik?)
    Bila Design cantik.. diorang kata tak cantik jugak.. (Pada aku la mmg dah cukup cantik)


  • kekawan semua.. sy setuju dgn semua pandangan… tp jgn risau.. yg pasti citer di sebalik tabir memang perdana rebadge akan dijual kpd umum dgn enjin petronas. walaupun ada org tak suka rebadge tp sekurang-kurangnya dpt juga org yg tak mampu beli accord dpt beli perdana rebadge… apa pun proton pilihan saya! kita perlu fikir jauh… kalau tak de rebadge mcm perdana, tak rasa la golongan pertengahan nak rasa kualiti kereta 2.0. lihat brp ramai yg beli evo? brp ramai yg beli lancer? sy rasa otr lebih byk inspira… perdana pun masih ramai peminat hingga skrg…


  • ah, nampak rancak skrg komen2. Walupun dh kira cam outdated, tp rasa nak jugak tulis. Masih ingat kisah preve di rate 2 bintang oleh caradvice.au? Sblm nih baca jek, xnengok gambo, tp trase nak baca smula knp dia rate rendah ngat, saga pun dpt 2 stengah, walupun asalnya rate 3 bintang, lepas org hentam dia puji saga, terus dia tkr rating n review kali kedua. Flx review saga kali ketiga.
    Bile eden nengok gambo kete test drive preve depa, barulah eden paham nape dia rate rendah. Klu tgk dlm gambo kete test drive dia, centre console terkeluar ckit n fitment kat a pillar mcm xsekata ckit. Tp bile eden duk nengok2 kete preve dulu, xda plak centre console terjojol camtuh. So, masalah dia, bukan fit n finish part seperti caradvice komen, tp eden xslhkan diaorg sbb prtn yg bg kete camtuh, ianya masalah assembling n pdi, camne depa x fitkan betul2 masa anto kete tuh ke sana, camne terlepas bleh pandang? Apa jd kat assembly line n pdi? Xda slh mould pun. Biasa fit n finish problem sbb masalah mould, cam terjadi kat savvy aku, mmg xleh repair sbb mould tuh senget. Tp ni masalah org yg pasang x pasang kemas2. Sama gak ngan kat a pillar, molek jek aku tgk kat showroom@kete aku test drive, tp tgk kat gambo kat caradvice, cam ada xkena.

    Ini merupakan masalah xkonsisten fitmen masa assembly n sepatutnya diselesaikan di pdi. Walupun dash assembly berlaku dipihak vendor sekalipun, xkan masa masuk dash kedalam kete depa xperasan. Pastu pdi plak, xkan xnampak menda tuh?

    Aku harap, prtn kena amik berat menda nih. Sbb kerana 2 perkara tuh sahaja, terus disamakan dgn kete chery tp rega mahal. Klu baca article tuh betul2, itulah masalah yg diaorg bg rendah markah, masalah enjin underpower, mcm diaorg ckp, bleh diatasi klu kluar versi cfe, cume masalah dash terkeluar n a pillar yg diaorg ckp masalah beso.

    Tp sbenornye, prtn bleh solve masalah tu dgn mudah dgn refit balik betul2. Itu jek.

    Dh xpsl2, br nk naik dgn 1st global car, terus jadi kisah ngeri plak. Article tuh xda cite pun pasal material, xda puji ke prtn pkai soft plastik, xda plak ckp pkai brittle n sharp n fully hard plastik. Sbb aper xsebut, sbb dh nampak centre console terkeluar, a pillar fit xkemas, terus xingat nk ckp part positive.
    So, aku blamekan prtn sendiri. Lain kali kena ingat, kete kat showroom ke, kete test drive ke, walupun bkn utk djual, harus di fit dgn kemas, begitu juga kete yg dijual. Hrp2, prtn xulangi kesilapan yg sama dgn preve hatch mahupun gsc. Klu x, prtn xkemana. Lepas nih, aku hrp, prtn kena test actual produk dulu, dgn production part, br launch kete. Klu pakai prototype, kdg2 xjumpe masalah mass production punya problem. Assemble 5k unit dulu, pick random 30 biji, buat general reliability test 100k km, klu ada prob surface, settlekan dulu, br launch. Mmg agak costly, tp skurang2nya jaga image syarikat..


  • eden br dpt info yg cfe nih,instalation awal enjin dia dibuat di borg wagner,south korea n calibration awal ecu dibuat di continental,france.

    pas2 ada projek G46,ni ke kod perdana replacement?

    tarikh launch p322a mmg asalnya june2013,tp dtunda sbb keadaan tertentu. p230a plak,april 2014, hrp2 xda perubahan. p620c, sepatutnya may 2013,tp tunda juga. tp ni utk market uk n australia jek.

    katanya projek nfe nih,slain tek2 yg ditambh,tp difokuskan pada piston campro,camne nk improve fc n performance. kita tggu jelah.


  • em,satu lg,bkkauto dr thai,br pandu uji preve. dia puji preve,tp yg sedihnya,dia defend preve, tentang bunyi enjin kuat,seperti mana org kita ckp bising,tp dia ckp normal jek,cam enjin iv tec jek pada jaz@city.

    pas2 group2 indon journo dpanggil utk pandu uji preve,stakat yg aku baca,slama 2 hari diaorg pandu uji,sume memuji,bkn shj pemanduan,tp reka bentuk luaran,dan dalaman. ada yg mengatakan preve sedan yg seksi,ada yg kata dalamannya mewah,persis kete eropah.

    dulu kalu malaysian journo test drive,org kata bias n dbyr. yg ni indo journo n thai journo. xkan dbyr kot. mgkinlah jugak kan.

    tp cume nk smpaikan sedih krn org luar memandang positif proton,tetapi org kita sebaliknya. bak kata bkkauto, a good car with wrong badge.
    tp bknlah nk kata prtn the best,byj kelemahan yg perlu dperbaiki cam berlaku di australia review,tetapi,crdt where its due.


  • @abc
    base engine of CFE without turbo kan iafm+? cuma takde VVT dgn guna iafm module je..

    kalo NFE guna VVT instead of iafm then kenape tak guna VVT dari mula-mula? Proton kata sebab kos dan IAFM compared dgn VVT tak banyak beza..

    @mat
    If proton uses petronas engine will it be the p98? it’s based on toyota/yamaha zz series which is used in current lotus cars iinm, wonder will it be another high rev sporty engine instead of economical and reliable


  • @fridzmax

    Terima kasih kerana tertunggu-tunggu post saya.

    @jw

    Rujuk info untuk maklumat enjine CFE

    http://funtastickodesign.wordpress.com/2012/01/09/soalan-jawapan-mengenai-enjin-campro-cfe-1-6l/

    NFE/CFE dibangunkan berdasarkan Campro Asas bukannya IAFM. Mekanisma IAFM tidak lg diperlukan sekirangaya VVT digunakan. Objecktif VVT dan IAFM adalah sama iaitu mengawal kemasukan angin tetapi menggunakan concept yg berbeza. System IAFM yg lebih ringkas membataskan kawalan angin yg lebih menyeluruh berbanding system VVT.

    Pada awal rancangan, bagi mengatasi masalah kurang prestasi pada rpm rendah dan meningkatkan prestasi penjimatan minyak NFE dan CFE dilancarkan seretak berikutan ciri-ciri yg hampir sama buat ke2-2 jenis enjin sekaligus mengoptimunkn kos pembangunan enjin. Tetapi akhirnya rancangan dibatalkan berikutan Proton harus melabur pada 1 lagi kos iaitu kos penyediaan fasiliti pembuatan yg kajian awal dibuat tidak mengutungkan. Ini beikutan Proton merancang membangunkan enjin baru (Family Y) dalam waktu yg terdekat pada ketika itu.

    Banyak perbezaan IAFM dan VVT dari segi mekanisma dan rekaan. Menjawab kenapa tidak mengguna VVT dari mula tetapi memilih IAFM banyak faktor mungkin yg tiada dalam kepastian saya. Pada hemat saya, mungkin ketika itu Proton tiada lagi teknologi VVT, atau kekangan kos pembuatan yg mengakibatkan banyak pelaburan baru perlu dibuat untuk membeli mesin-mesin pembuatan baru ataupun pihak pengurusan ketika itu (Era Tungku Mahalel)lebih menumpukan pembangunan CAMPRO CPS- High rev enjin.

    @jw
    From the insider info that i got recently, Proton will using Petronas E01 engine in their next coming product.
    The engine has 3 variants which are 2.0L Natural Aspirated, 2.0L Turbocharge and 2.2L Turbocharge. Due to overlap performance between E01 2.0L N.A with CamPro 1.6 CFE, prioritize will be given to 2.0L Turbo and 2.2 Turbo.
    The engine is Euro 5 compliant,aluminium c.block, weight less than 100 kg(for the comparison CamPro engine is around 130 kg) and adopting Dual variable valve timing mechanism-Intake& exhaust(NFE/CFE is single VVT-Intake) and currently fabrication plant is set up in China. The engine is expected SOP end of this year.
    Bdwy don’t expect the engine will be used soon since Transmission of the engine still not takes into the consideration. Transmission development and Engine-Transmission matching will take another time frame that cause people will waiting for the product.
    Proton plan to utilize the engine in Government Pilot project-D segment, Preve replacement, Exora replacement and large MPV.
    Currently, FS is still in doing by Proton RND on decision of technology and engine capacity for their CamPro replacement engine-dont said Proton RnD to slow-all is because cancellation of Project Family Y, Proton-Mitsubishi Engine sharing and the unexpected coming of Petronas engine in their line up. Bdwy to fullfill CamPro gap along way of CamPro replacement development, interesting feature will be introduce in NFE/CFE- Start Stop engine, but don’t expect the feature is coming in next GSC since development is still in progresing


  • @bro campro,

    aku menyampuk nih.

    start stop engine tu bukan utk mati-hidupkn enjin?
    cylinder deactivation tu kalau enjin load rendah, dia akan switch off cylinder yg redundant?

    @abc,

    ni pendapat aku. kalau salah tolong betulkn ye.

    vvt perlukan cam profile yg lain. dlm erti kata lain, kena ada setup lain utk machining.
    iafm+ tu just kotak utk regulate intake air.

    @everybody

    analogi enjin & air intake kete ni pd aku umpama jantung & paru2. enjin = jantung, air intake =paru2.

    kalu org yg malas bersenam, tiba2 dia nk start jogging/lari laju2, pastinya dia akan cepat tercungap2. kurang nafas.
    jantung berdegup laju, & org tu guna udara masuk ke paru2 dgn banyak.

    kalu dia dh cool down, heart beat kurang, air demand utk ke paru2 pn kurang.

    vvt aku analogikan umpama timing valve dlm jantung tu sendiri.
    kn kalu kita dgr jantung ada dup dup dup dup gitu.
    kalu tgh lari, lg laju dup dup tu kn? cm tu la

    sekian ceramah pagi jumaat..


  • @tayar kitar semula,

    Tak banyak yg saya tahu berkaitan perkembangan teknologi tenaga hijau ini.
    Tenologi Reev adalah salah 1 dari bebrapa teknologi tenaga hijau yg dimiliki oleh Proton(Yg dalam kepastian saya ada 2 lg teknologi iaitu EV dan satu lg teknolgi yg saya tak berapa pasti nama dia-Menggunakan concep KERS-Tenaga kinetik daripada roda dihasilkan dah disimpan ke bateri) yg berpotensi untuk dikomersilkan. Ianya menggunakan system Series Hybrid iaitu tenaga yg disimpan pada bateri yg dihasilkan oleh motor/dinamo hanya digunakan selepas tenaga konversional(minyak) habis digunakan dalam sesebuah perjalanan. System ini berbeza dgn sytem hybrid yg digunakan oleh Prius dan Insight yg mengunakan system Parallel Hybrid yg mana tenaga yg disimpan didalam bateri digunakan bagi membantu system enjin konvensional terutama ketika pecutan dibuat bagi mendapatkan penjimatan minyak.

    @bro campro/farghmee

    Betul macam bro fargmee cakap tu. Start stop engine ini utk mati-hidupkn enjin ketika kereta dalm keadaan idling seperti contoh ketika berhenti disimpng, trafik light atas pun ketika dalam kesesakan jalan raya. Cabaran teknologi ini ialah membekalkan tenaga untuk system penghawa dingin berikutan enjin mati sepenuhnya pada ketika system diaktifkan.

    @farghmee

    Yap, perlukan cam profile yg lain, perlukan design laluan OCV (Oil control valve) pada C.head bagi mengawal valve kemasukkan disamping otak untuk mengawal minyak tersebut.


  • agak2nye, boleh x proton letak ambient lighting kt kete.

    exterior
    1. letak kt door handle;
    a. nyala time unlock kete sebagai guidance utk bukak pintu.
    b. nyala kelip2 jadi signal belok & hazard.

    interior
    1. letak kt door handle
    a. nyala sebagai guidance utk bukak pintu.

    mesti ada dimming effect la, baru kool.


  • ‘From the insider info that i got recently, Proton will using Petronas E01 engine in their next coming product.
    The engine has 3 variants which are 2.0L Natural Aspirated, 2.0L Turbocharge and 2.2L Turbocharge. Due to overlap performance between E01 2.0L N.A with CamPro 1.6 CFE, prioritize will be given to 2.0L Turbo and 2.2 Turbo.
    The engine is Euro 5 compliant,aluminium c.block, weight less than 100 kg(for the comparison CamPro engine is around 130 kg) and adopting Dual variable valve timing mechanism-Intake& exhaust(NFE/CFE is single VVT-Intake) and currently fabrication plant is set up in China. The engine is expected SOP end of this year.
    Bdwy don’t expect the engine will be used soon since Transmission of the engine still not takes into the consideration. Transmission development and Engine-Transmission matching will take another time frame that cause people will waiting for the product.
    Proton plan to utilize the engine in Government Pilot project-D segment, Preve replacement, Exora replacement and large MPV.’

    terbaek la en abc..
    yg saya pling nk dengar ialah exora replacement tu. family dah besar bajet somewhere tahun depan nak ambil MPV satu. since proton tak announce future plan dia sgt lg sebab tu membuatkan aku tertanya2 bila la nk replace exora bold kepada yg lg ‘global’ spec. kalau exora replacement nk keluar dlm tahun depan atau awal 2015 ke ntah2 boleh la tunggu lg.. huhu..kalau exora reev nk keluar sama pun lg baik.huhu..

    enjin baru, global spec.. mesti jauh lebih baik dari skrg + harga yg semakin kompetatif..


  • cylinder deactivation dah ada kat MIVEC-MD years and years ago, cuma tak smooth dgn bising je masa guna 2 cyl

    @abc
    cabaran start-stop system guna je la teknologi mazda! regenerative braking (kan dah ada kat proton saga ev) dengan i-eloop guna capacitor je boleh powerkan aircond dgn power window

    transmission kena ada juga double-clutch gb, sebab this is what the market wants. Market tak nak smooth cvt, diorg nak latest best technology. Esp kalau nak pair dgn 2.0l turbo tu

    proton should focus on the best-selling segments, ie A,B segments. Platform designs have to be minimum. even VW guna 2 platform je untuk semua badge dia. Mazda guna 1 size fits all untuk B,C,C-crossover,D segment. Kalau boleh share platform, share je untuk maximise profit. Public takkan appreciate Proton self-designed platform, diorg hanya kutuk je guna duit banyak banyak R&D.


  • @abc
    Dah ngantuk sangat tu sampai kuar titik je…tq banyak jawab itu n ini…banyak menarik….tapi mana pergi kereta sport mampu milik…exora replacemnet tu yang tampal lebih kurang denag exora tapi leper skit tu ke…emmmm…mneari juga tu..ala ala caldina pun ada…

    Mssi tertunggu proton msx…bila nak produce..nape kita tertumpu pada enjin 2.0 n bagai je…dia kan banyak pegang patetn jenis enjin termasuklah enjin motorsikal…n pemilikan ctrm ke drb baww banyak peluang tak proton pakai bodi komposit…teringat satu projek gila tengku mahaleel…kerta denga bodi komposit campuran tapi hp skurangnya 200hp…tapi tak pernah produce…
    @abc dah jadi macam proton official desk help….tanya je…hehe..tq abc


  • @JW
    Industri kini bukan semudah itu bro. Kita bukan mcm China yg begitu mudah meniru pattern tanpa ada tindakan. Samsung dan Iphone pun saman menyaman sebab hanya tiru konsep. Buat contoh RND Proton pernah temui kaedah penjimatan enjin Campro sebayak beberapa peratus dgn mencondongkan orientasi enjin tersebut tetapi x boleh dikomersilkan sebab kaedah itu telah dipatenkan.
    Tambahan lagi penguasaan dah pemahaman terhadap sesuatu teknologi itu penting walaupun kita nak meniru. Teknologi VVT telah dipakai oleh Toyota sejak awal 90an lg tetapi enjin CamPro yg keluar tahun 2004 pun x boleh nk apply teknologi tu.

    Nak fahami “what market want” tu sgt susah bro. Even Toyota yg guna 4 AT transmission kat Camry die pon still dominate market Malaysia untuk segmen tu walaupun org ckap teknologi tu lapuk. Volkwagen yg dah berpengalaman puluhan tahun dalam ilmu kejuruteraan pun GB DSG mereka still x matang lg teknologi dia ketika dilancarkan sampai beribu-ribu kereta kena tarik kat China-Kat Malaysia buat x tau je sebab comsumer right x kuat. CVT yg Proton pakai pada CFE yg konon-konon nk offer new teknologi pada customer, sekarang ne masih banyak masalah yg sedang diselesaikan oleh Punch Motive sebab x cukup robust nk cope sudden n high torque yg enjin turbo tu kasi. Pendapat saya, Proton follow lah philosophy yg Toyota pegang. Offer proven teknologi pada customer mereka. Even Nampak macm boring but that how they retain their customer.

    Saya setuju dgn pendapat bro JW berkaitan platform. Proton telah berbelanja terlalu banyak terhadap pembangunan platform rojak dan sgt khusus ketika era T.Mahalel.- Ini lah masalah kalau Syarikat terlalu kaya dan x buat pinjaman bank sampai x kisah cash flow.-Untuk rekod Proton pernah ada cash sehingga 8 billion ringgit. Walaubagaimanapun masalah ini lah yg cuba dibetulkan oleh Proton era Dato Syed. Dgn memperkenalkan platform Exora/Preve yg rekaannya versatile dan mampu mengunakan 3 jenis system gantungan – torsion beam,multilink dan leaf pada roda belakangnya sekaligus boleh digunakan pada 3 jenis kenderaan. Tambahan lagi dgn usaha-usaha beliau untuk membuat usaha sama bersama Mitsubhisi untuk menjalinkan kerjasama platform sharing. Namum umum tahu yg usaha ini berhenti dipertengahan jalan setelah keputusan Proton-DRB untuk menukar rakan startegik kepada Honda.


  • @gie7

    Saya xada maklumat untuk perkembangan kereta sport rakyat tu. Insyaallah model itu bakal dikeluarkan berikutan telah diwarwarkn oleh Dato’ Lokman.
    Exora leper tu adalah mule test untuk Preve. Bukan Exora replacement. Saya ada maklumat berkaitan Exora-R ne tapi x boleh nak dedahkan sebab masih dalam perancangan dan tak firm lg.

    Proton-Lotus memiliki banyak pattern-cuba check website Lotus Engineering-Ini yg disclosed. MSX menggunakan alluminiun body frame-teknologi Lotus dan berenjin 3.0L- Enjin yg dipatternkan oleh Proton. Telah terdapat lebih 30 biji telah dihasilkan dan diuji. Isunya disini bukan x boleh buat- Jurutera-jurutera Malaysia mampu tapi adakah sesuatu produk itu benar-benar well engineered. (Maksud well engineered bukan hanya teknologinya bagus tetapi kos pembuatan yg berdaya saing, menepati piawaian peraturan kualiti dan keselamatan dan benar-benar memenuhi kehendak pelangan).


  • Proton xpyhlah nk type R kn Exora (jika code tu maksud ke arah sport defined), klu replacemnet oklah.. but make sure PROTON tk ‘ZALIM’ pd definisi modelnya. Exora target sbg family car, improve apa yg customer berfamili nak.. fokus betul2 definisi tu dn ‘master’ kan Exora dlm segment tu. Apa kehendak pelanggan bila sebut MPV? utk kegunaan keluarga, anak selesa, org tua duduk tk lenguh, bini pregnant rasa safe, brg boleh muat susun byk, versatile utk family occasions, enjin dn transmisi yg sedap, maintainace tk ‘extreme; mcm keta sport (byk part kena jg), …OF COURSE INTERIOR! interior yg selesa sedap mata memandang. Exora yg ada skrg terlalu serba salah utk dibeli sbg a good family car, setup terutama interior lebih ke arah PROTON suka jadikan EXORA sbg TEKSI.. dr dashboard design sampai lah ke seat.. arm rest pn takut nk rest kn tangan.. melentur liuk ja bila pakai.. sedih rasa.. xfikir ke engineer2 ni? seat&head rest passnger, nipis, kecik, Inova seat mcm mana? sedap dan selesa kn, door panel trim ya Allah… sgt2 plastik.. tone warna mcm tu sesuai sgtlah utk TEKSI.. Proton terlalu fikir hak privacy pengguna.. TAKUT CEPAT KOTOR klu warna beige/ cerah? SIGNAL STALK paksa pengguna ikut stail CONTI, why?? family mau selesa, Inova sudah lama letak AUTO Climate ACond, DIGITAL lg.. (bkn analog mcm GSC preve) central console dashboard yg ada radio tu mcm main tampal je..ade seni langsung.. xfhm la… apa sbrnya masalah kalau buat bg sempurna cntik?? nk kena jadi mahal lg 10k ke? kereta keluarga kan? org berkeluarga rumah pun cantik berseri.. dlm knderaan pn sama lah…bkn level teksi, Exora Prime kurang 1 seat, tp x prime mana pun.. plastic trim utk gear console, krok krek2, moulding xsolid.. seat, ini part plg peting utk interior.. kita masa travel nk duduk.. bkn nk baring. seat bina lah elok2. bas ekspress punya seat APM mari lg sedap duduk, fabrik cantik.. ini dull nya aduiii… kalu yg leather pulak.. okla nmpk berkualiti la.. tp main tampal kt door trim tu kaler xmatch.. bglah pilihan kemasan seat baldu yg menarik sket.. jgnlah paksa customer ikut citarasa designer PROTON.. berilah pilihan yg menarik sikit.. sampai skrg my family sudah ‘wajib’ beli MPV, tiap kali nk pergi show room utk bg hati tertarik pd EXORA.. tiap kali itulah akan jd kecewa.. balik semula xjadi book.. smpai skrg masih tertunggu2 apakah DRB akn buat penambahbaikan pd EXORA ataupun meneruskan ‘legasi’ interior boring PROTON mcm PREVE jgk..?

    harap jgn marah.. skdr luahan peribadi.. xniat utk jatuh menjatuh..niat utk lihat Proton sedar diri dlm hasilkan produk.. nk global marker mcm mana klu local market pn masih xlepas..

    walalhualam..


  • wah..tengok kat lotus engineering web.. banyak state of art technology yang lotus ada.

    cumanya mcm abc ckp tu sy stuju. kena decide produk tu benar-benar well engineered ke tak. (Maksud well engineered bukan hanya teknologinya bagus tetapi kos pembuatan yg berdaya saing, menepati piawaian peraturan kualiti dan keselamatan dan benar-benar memenuhi kehendak pelangan).

    Well.. pendapat aku, kalau proton nak jadi leading company, kena berani la take risk untuk cuba teknologi tersebut dan membantu dalam memajukan teknologi2 tersebut. macam teknologi HCCI, Active valve train.. (sebelum ni aku ingatkan fiat je ada springless valve – multi air dia tu..) memang WOW la..

    mungkin proton boleh belajar dari kes proton savvy yang banyak guna teknologi baru, contohnya GB AMT, Memang baik teknologi tu, tapi bila ada masalah, mekanik proton pun tak dapat nak baiki @ detect mana masalahnya. kemudian memberi trauma kepada pengguna bila kena tukar barang terlalu mahal.

    walaubagaimanapun,, memang betul dalam industri automotif, teknologi canggih ni bukan segalanya.. banyak lagi benda lain nak kena ambil kira, kualiti, reliabiliti, after sales, ikut trend, design, practicality, etc.. kalau tak, masakan toyota yg masih banyak pakai teknologi lama pun boleh buat jualan hebat seluruh dunia


  • selagi jenama tak cukup kuat, buat mcm mana pun org tak percaya, bagus mcm mn pun or tetap tak nmpk…hat cerita power window smpai skrg dok crita lagi dsbnya..so, Proton perlu belajar & pantas berubah. mungkin perubahan drastik mampu dilakukan oleh DRB..if not…dgn Perodua pun dibelakang la jwbnya..


  • Jgn pulun masukkan teknologi baru sehinga ko MELAMBUNg org xnak beli di kala nama PROTON belum kuat dan tidka diyakini. Buang lah penyakit syok sendiri. belajarlah kenal kehdendak pasaran bukan memaksa pembeli ikut selera PROTON..

Leave a Reply