ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Kejayaan SUPER GT jana aspirasi anak OKU

Views

JPM Motorsport Presents the mock cheque to SAMH_2

Selepas kejayaan Super GT Series, penganjurnya JPM Motorsport tidak melupakan tenggungjawab sosial dan kerja amal dengan menyerahkan sumbangan berjumlah RM26, 000 kepada Persatuan bagi OKU mental Selangor dan Wilayah Persekutuan (SAMH). Dana tersebut adalah hasil daripada jualan ais krim semasa perlumbaan Malaysia Super GT ke-13 baru-baru ini.

SAMH ditubuhkan pada tahun 1964 sebagai sebuah pertubuhan sukarela tanpa keuntungan. Ia telah dimulakan oleh sekumpulan ibu bapa dan pekerja sukarela di bawah tajaan Club Rotary Klang dan Port Swettenham. Bermula dengan hanya empat orang kanak-kanak dan seorang guru, persatuan itu kini mempunyai 13 program untuk menampung lebih daripada 500 kanak-kanak / orang dewasa dengan pelbagai Upaya Mental di Lembah Klang.

SAMH Kids amazed by Super GT car_2

“JPM Motorsport bersyukur dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat perlumbaan dan penonton yang bermurah hati mengunjungi kiosk ais krim yang telah membolehkan kami untuk menyalurkan setiap sen daripada jualan kepada SAMH,” kata Pengurus Besar syarikat TP Chin.

Dahulunya dikenali sebagai All-Japan Grand Touring Car Championship (JGTC), Autobacs Super GT Series adalah siri perlumbaan yang dianjurkan oleh Persatuan GT Jepun dan telah ditubuhkan pada tahun 1993 oleh organisasi induk Persekutuan Automobil Jepun (JAF). Ini merupakan ulang tahun ke-20, perlumbaan ini diadakan Malaysia yang merupakan satu-satunya persinggahan antarabangsanya di luar Jepun.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply