ARKIB

KATEGORI

Buletin

AutoVAZ pamerkan Lada X Ray Concept di Moscow

Views

Pengeluar kereta dari Rusia AutoVAZ, mempamerkan model Lada X Ray Concept sempena Moscow International Auto Show 2012. Model ini merupakan sebuah crossover yang telah direka oleh ketua pereka AutoVAZ, Steve Mattin yang juga merupakan bekas pereka di Mercedes-Benz dan Volvo.

Dengan elemen rekaan hadapan yang berkonsep X, yang bermula dari lampu, gril hingga ke bumper, ianya menampilkan kegarangan serta keunikan pada model ini. Gaya rekaan ini juga bakal menjadi wajah terbaru kepada keluarga Lada pada masa hadapan.

Rekaan dalamannya pula bercirikan futuristik dengan rekaan papan pemuka yang agak ringkas yang dilengkapi sistem infotainment terkini berserta kemasan kulit yang bermutu tinggi. Sekali imbas gaya rekaan dalam model ini seakan-akan model KIA Sportage yang lebih kepada gaya rekaan Eropah.

Lada berharap dengan kepakaran Steve Mattin, mereka dapat mengubah wajah kereta generasi hadapannya untuk bersaing dengan jenama yang lain. Difahamkan, kemungkinan model konsep ini bakal menjadi kenyataan seawal 2015.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments

Leave a Reply