ARKIB

KATEGORI

Buletin

Inilah rekaan model pengganti Lotus Esprit yang tidak menjadi kenyataan

Views

Selepas beberapa sesi pendedahan perancangan Proton yang tidak direalisasikan, semalam Tengku Mahaleel menerusinya akaun Facebook peribadinya telah memuatnaik dua keping foto model gantian Lotus Esprit yang tidak direalisasikan setelah beliau melepaskan jawatan. Menurutnya, model Esprit yang dirancangkan itu akan menggunakan enjin NEF (New Engine Family) yang mampu menjana 400 hp.

Jika diperhatikan kepada gaya rekabentuknya, kami lihat ada beberapa unsur pengaruh rekaan model tersebut telah diadaptasikan kepada model Lotus Evora. Model Esprit yang diberi namakod MSC (bukan Multimedia Super Corridor tau!) itu dibangunkan bersama model crossover dengan kerangka aluminium sepenuhnya Proton MSX/Lotus APX.

BACA >> Cadangan kereta sport pertama Proton berharga RM150K yang hanya tinggal kenangan

Kami rasa model Lotus Esprit (MSC) yang tak jadi ini juga berpotensi untuk ditukar lencana menjadi kereta sport Proton kerana foto salah satu foto dengan tajuk Theme A itu diletakkan logo Proton pada kertas cadangannya. Lotus kini dimiliki oleh Geely dan mungkin beberapa perancangan untuk mengembalikan semula kegemilangan jenama kereta sport ikonik British itu sedang dibuat dan model SUV pertama Lotus akan dikeluarkan pada tahun 2019. Lukisan paten model tersebut pula telah tertiris dan model yang dibangunkan dari pelantar CMA hasil usahasama Volvo-Geely.

BACA >> PANAS : Lukisan paten SUV Lotus tertiris!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Kesian pakcik t.mahaaleel ni.. otak die pikir sport je. Bernostalgia syok sendiri.. dia pelingkup proton.

    DS Syed Zainal lah insan yg dtg sbg penyelamt. Kalau tak mungkin nama Proton tinggal dlm lipatan sejarah..


  • Kesian pakcik t.mahaaleel ni.. otak die pikir sport je. Bernostalgia syok sendiri.. dia pelingkup proton.

    DS Syed Zainal lah insan yg dtg sbg penyelamt. Tp dia dicantas Mahathir bila DRB ambil alih Proton. Dendam si tua krn Agusta MV dijual 1 Euro. Kalau tak mungkin nama Proton tinggal dlm lipatan sejarah..

Leave a Reply