ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sureplify buka Kaunter Perkhidmatan di Ampang Point

Views

Baru-baru ini pengendali portal perkhidmatan insurans dalam talian, Sureplify Sdn Bhd telah membuka kaunter perkhidmatan di pusat beli-belah Ampang Point, Kuala Lumpur. Pembukaan kaunter ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai perkhidmatan insurans di portal dalam talian secara profesional. Kelebihan dalam menggunakan servis ini ialah tiada sebarang bayaran tersembunyi yang akan dikenakan kepada para pelanggan. Portal digital sehenti ini juga sangat mudah, cepat dan selamat.

Antara perkhidmatan yang disediakan di kaunter perkhidmatan Sureplify adalah:

  • Perkhidmatan pembaharuan cukai jalan.
  • Perkhidmatan penghantaran cukai jalan secara percuma (hanya tertakluk kepada pelanggan yang memperbaharui cukai jalan bersama Sureplify dan kenderaan yang digunakan di Barat Malaysia sahaja).
  • Perkhidmatan pembelian insurans kenderaan bermotor.
  • Perkhidmatan pembelian insurans pelancongan.
  • Perkhidmatan pembelian insurans jangka hayat

Kaunter Perkhidmatan ini terletak di Tingkat 1, hanya bersebelahan dengan Pejabat Pos Malaysia. Ia dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Orang ramai juga boleh bertanyakan terus kepada pegawai bertugas di kaunter ini jika terdapat sebarang pertanyaan dan kekeliruan. Penyedia insurans yang berkolaborasi dengan Sureplify pada ketika ini adalah Tune Protect, Hong Leong Assurance, Lonpac, AXA dan MSIG.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply