ARKIB

KATEGORI

Buletin

Innate Synergy Sdn Bhd pilih trak Volvo untuk luaskan operasi

Views

Volvo Trucks terus mengukuhkan kedudukan sebagai pilihan utama dalam industri petrokimia melalui kerjasama dengan Innate Synergy Sdn Bhd (ISSB). Baru baru ini mereka telah menandatangani Momorandum Persefahaman (MoU) pemerolehan 10 unit trak Volvo FM440 dari ISSB. Ia telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson dan Abdul Malik Samat, Pengarah Urusan ISSB. MoU ini juga bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dan selain mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak.

Volvo Malaysia akan menyediakan latihan pemandu, perkhidmatan selepas jualan dan komponen penting lain yang selaras dengan komitmen syarikat dan reputasinya yang kukuh dalam menyediakan penyelesaian pengangkutan kepada pelanggan. ISSB adalah pemain utama dalam industri perdagangan petroleum yang memenuhi kegunaan komersil dan perindustrian.

Ia ditubuhkan pada 1999 dan berpangkalan di Pulau Pinang yang mempunyai akses kepada pelabuhan utama dan bandaraya seluruh dunia melalaui laut dan udara. ISSB kini memiliki armada 30 unit lori tangki Bitumen dan lima unit lori tangki ADO untuk kegunaan operasinya. Volvo Malaysia Sdn Bhd kini mempunyai 13 rangkaian penghantaran yang merangkumi jualan dan perkhidmatan selepas jualan seluruh Malaysia, dengan tujuh di Semenanjung dan enam di Malaysia Timur.

KLIK UNTUK BESARKAN

pic05 pic01 pic02 pic04

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply