ARKIB

KATEGORI

Buletin

Karnival Mega MotoGP kembali lagi!

Views

Sempena Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016 di Litar Antarabangsa Sepang pada 28 hingga 30 Oktober nanti, Karnival Mega MotoGP kembali dengan ruang pameran yang lebih besar dan lebih menarik. Pasti anda akan rambang mata kerana 80 gerai pameran telah ditempah sepenuhnya dan antara nama besar yang bakal mengambil bahagian kali ini adalah Kawasaki, Yamaha, KTM, BMW Motorrad, Boon Siew Honda, Repsol, VR46 Official Racing Apparel, MOTUL, SHARK, SHELL, GIVI, Racing Boy, Liqui Moly dan banyak lagi.

Selain itu jenama yang berkaitan sukan seperti DRIVE M7, Rudy Project, Red Bull, Tissot dan Sunway Education akan turut berada di sana. SIC turut menggunakan MotoGP sebagai platform untuk tujuan yang baik, dengan menawarkan ruang The Ten Ringgit Club untuk mewujudkan kesedaran dan membantu kanak kanak keturunan Penan di Utara Sarawak untuk meningkatkan peluang pendidikan mereka. Pengunjung juga boleh membeli barangan kraftangan keluaran mereka seperti dompet, bakul dan beg tangan dengan harga antara RM20 hingga RM150, atau menyumbang RM10 terus ke Ten Ringgit Club untuk membantu mereka.

Tiket MotoGP kini semakin laris dijual dan dapatkannya dengan segera! Kini hanya tinggal tiket di Pentas Utama (Main Grandstand), C2 Hillstand dan pakej Ducati Grandstand yang masih ada. Pas Premier Roving dan tiket untuk K1 Grandstand, F Grandstand, Marc Marquez Tribune, VR46 Tribune, DRIVE M7 SIC Racing Team Tribune dan Club Suite telah pun habis dijual.

Tiket boleh didapati dari:
• Secara atas talian di laman sesawang SIC www.sepangcircuit.com
• Dari agen tiket – rujuk laman sesawang SIC untuk lokasi – https://www.sepangcircuit.com/searchticket
• Hubungi SIC TICKET HOTLINE di 03-8778 2222
• Di pejabat litar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Bahagian pengilangan dan kualiti juga perlu tegas dalam memastikan kualiti tetap menjadi agenda utama kerana ini adalah masanya Proton menggunakan kesempatan yang ada untuk membuktikan kualiti produk Proton sudah meningkat.

    Pastinya nasihat dan arahan dari ketua bahagian kualiti Proton, Masazumi Ogawa yang mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun menjaga kualiti produk Nissan sebelum ini perlu diikuti dengan serius.

Leave a Reply