ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

PLUS jawab isu penalti LJT yang viral di Facebook

Views

Baru baru ini kecoh laman Facebook apabila foto resit tol yang dimuatnaik oleh Damar Wulan menjadi viral. Foto tersebut menunjukkan Damar dikenakan penalti sebanyak RM6.40 ketika menggunakan lebuh raya PLUS antara Gurun dan Pendang. Difahamkan, Damar berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun selama sejam 30 minit.

Namun pihak PLUS tampil untuk memberi maklum balas berkaitan isu tersebut kepada Berita Harian. Menurut PLUS, penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan (LJT) hanya dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang gagal memberi alasan munasabah apabila didapati melebihi tempoh perjalanan ditetapkan.

Pihaknya juga mempunyai rekod semua kejadian kesesakan, kerja penyelenggaraan lebuhraya, kemalangan dan kerosakan kenderaan yang boleh menyebabkan pengguna melebihi tempoh perjalanan mereka di lebuhraya. Rekod berkenaan dirujuk dan disemak petugas tol PLUS sebelum penalti LJT boleh dipertimbangkan dan dikenakan. Malah, PLUS akan membayar balik jumlah penalti berkenaan seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti.

resit-tol-damar-wulan

Contohnya, perjalanan mengikut satu kadar kelajuan antara Plaza Tol Gurun dan Pendang hanya 30 minit. Jumlah tersebut akan ditambah sebanyak dua jam 18 minit dengan mengambil kira kemungkinan pengguna berkenaan berhenti di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Gurun. Jika pengguna keluar dari Plaza Tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan.

Selain itu, langkah berkenaan juga terpaksa diambil bagi mengatasi kegiatan manipulasi kad transit tol di beberapa laluan yang dikenalpasti di lebuh raya kendalian PLUS. Ia antara taktik digunakan pengguna tidak bertanggungjawab termasuk menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol.

* Lepas ni kena beringat lah ye, jangan lepak lama sangat kat R&R. Nanti tak pasal pasal kena penalti.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply