ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?

Views

Ingat lagi tak kami pernah sebut dalam artikel terdahulu Proton Iriz MC2 akan dilancarkan serentak dengan Persona facelift awal tahun depan? Inilah buktinya yang info dari perisik kami memang jarang sekali tersasar. Kami memperolehi satu foto intipan Persona facelift sebentar tadi yang perolehi dari laman Facebook rakan sekutu kami The Ajerul.

Foto tersebut telah berjaya dikesan oleh rakan mereka Firdzaus Shazmun yang sempat merakam kelibat unit ujian yang berceloreng penyamaran tersebut di kawasan tempat letak kereta Hentian Rehat & Rawat Gambang. Difahamkan Persona facelift ini berkongsi wajah yang sama dengan Iriz MC2 yang kita pernah lihat dalam beberapa foto intipan sebelum ini.

JOM BACA >> INTIP : Konvoi Proton Iriz MC2 dan X70 dikesan

Dalam foto ini kita dapat melihat bampar belakang Persona facelift yang lebih ‘tonggek’ dan tidak terlalu labuh seperti model semasa. Ini bermakna rekaan punggung Persona facelift akan lebih ‘seksi’. Kami sebenarnya amat gembira kerana kritikan yang dilontarkan oleh peminat automotif mengenai rekaan bampar belakangnya sebelum ini akhirnya didengari oleh pasukan Proton|Design. Syukur.

Kelihatan bahagian bar krom melintang yang bersambung dengan lampu belakang turut disembunyikan dengan celoreng penyamaran dan ada juga penampakan spoiler belakang kecil di atas butnya. Selain itu kita dapat melihat antena ‘sirip jerung’ yang juga digunakan pada Iriz MC2 berada di atas bumbungnya.

Nampaknya boleh lah pemilik Persona facelift dan Iriz MC2 menyanyi lagu “Baby shark doo doo doo doo..” dalam kereta mereka nanti. Adakah adik-beradik ini bakal membuat penampilan awal di KLIMS18 minggu depan? Sama-samalah kita berdoa agar ianya dimakbulkan. Tunggu!

Foto dan info kredit The Ajerul.

JOM BACA >> Kerana muat naik gambar-gambar ini di Twitter, Toyota beri respon yang amat mengejutkan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply