Kami sebenarnya dah banyak kali kongsikan foto mahupun video intipan unit ujian Proton Iriz MC2 dan X70 yang lengkap dengan celoreng penyamaran. Tetapi kali ini, video kiriman rakan kami Darmizi Dahari berjaya mencuri tumpuan kerana ia melibatkan penemuan tiga unit ujian serentak. Kelibat dua unit Iriz MC2 berlainan varian dan sebuah X70 telah dikesan pagi tadi di sekitar lebuh raya DUKE menghala ke Gombak.
Menurut Darmizi, ketiga-tiga unit ini sedang menghala ke arah Pahang, namun kami tidak pasti ke manakah hala tujunya yang sebenar. Dua unit Iriz MC2 yang dikesan itu pada pengamatan kami berkemungkinan versi Premium (unit yang berada di belakang) dan Standard (unit yang berada di tengah), manakala sebuah lagi adalah X70.
JOM BACA >> MESTI BACA: Tak tahu prosedur penukaran enjin? Jom ikut panduan ini!
Setakat ini kami masih belum dapat perkhabaran mengenai tarikh pelancaran X70 dan menurut sembang rakan-rakan di group Whatsapp Proton X70 model tersebut dijangka membuat penampilan umum buat kali pertama di di Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18) yang bakal berlangsung Jumaat minggu depan.
Jika benar maklumat tersebut, jangkaan kami X70 akan dilancarkan selewat-lewatnya pada bulan Disember ini dan KLIMS18 akan menjadi destinasi terakhir pratonton model SUV pertama Proton. Tak nampak gaya X70 akan dilancarkan dalam masa terdekat dan KLIMS18 juga sudah semakin hampir. Mungkin tarikh yang ter’kantoi’ sebelum ini 12.12.2018 adalah tarikh pelancaran sebenar, namun disebabkan maklumat ter’bocor’ awal dan nak ‘cover line’ terpaksa la kata berita itu palsu. Betul tak? Jangan marah ye Proton.
JOM BACA >> INFO: SUV Perodua (D38L) dan Toyota Rush, apa yang berbeza?
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI