ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerana muat naik gambar-gambar ini di Twitter, Toyota beri respon yang amat mengejutkan

Views

Kami tabik spring kat brader ni! Kerana keberanian dan pengorbanannya semasa memindahkan pesakit dalam kebakaran menggunakan trak pikap Toyota Tundra miliknya sehingga trak tersebut terbakar teruk, seorang jururawat di hospital bandar Paradise, Allyn Pierce mendapat satu kejutan yang tak disangka.

Kebakaran yang paling dahsyat dalam sejarah California ini turut mengakibatkan beliau kehilangan pekerjaan, rumah dan tempat kerja. Beliau yang amat menyayangi traknya telah memuat naik gambar-gambar trak tersebut ke laman Twitter dan pada masa yang sama turut memuji Toyota kerana mengeluarkan kenderaan yang telah menyelamatkan nyawa.

JOM BACA >> INTIP : Konvoi Proton Iriz MC2 dan X70 dikesan

Namun apa yang sangat mengejutkan adalah reaksi ‘ciak’ (tweet) balas dari Toyota USA ini.

Toyota USA membalas dengan berkata, mereka memuji tindakannya dan tidak perlu risau mengenai traknya kerana mereka akan menggantikannya dengan sebuah trak yang baharu! Akhirnya pengorbanan Allyn Pierce telah memberikannya rezeki yang tidak disangka-sangka. Respons dari Toyota USA memberikan reaksi positif pemilik akaun Twitter yang lain dan ada yang mengatakan tawaran yang dibuat itu adalah satu tindakan Perhubungan Awam yang sangat bijak oleh Toyota.

Apa reaksi anda pula?

Sumber : Jack Nicas dan Bored Panda

JOM BACA >> MESTI BACA: Tak tahu prosedur penukaran enjin? Jom ikut panduan ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply