Ini merupakan petanda besar pelancaran Axia facelift sudah semakin hampir. Beberapa keping foto Axia facelift yang mula tiba di bilik pameran Perodua telah mula menular di laman sosial. Kali ini kita dapat melihat lebih jelas wajah baharu Axia varian SE/Advanced dan E/G yang dipasang dengan dengan kit badan Gear-Up.
Axia facelift bakal dilancarkan pada 20 Januari nanti dan tempahannya kini telah dibuka. Memang tepat sekali istilah facelift untuk model ini kerana bahagian hadapan sahaja yang mengalami perubahan ketara, namun dibelakang cuma perbezaannya pada pemegang pintu but belakang sahaja yang sebelum ini tiada pada model sebelumnya. Apa pendapat anda dengan wajah baharu Axia ini?
KLIK UNTUK BESARKAN
Memang laku keras kereta ni nanti.. Iriz bila nak refined balik seperti dalam Persona baharu?
Alang-alang tunggu enjin GDi baru dapat letak nama Iriz GDi & Iriz Activ TGDi
Patutlah jualan Proton lemah. semua tunggu enjin baharu. Tapi siapa lagi nak support Proton jika bukan proton fans?
Iriz paling awal pun 2019, preve 2012 pun belum facelift lagi.
http://gaadiwaadi.com/perodua-axia-spied-testing-undisguised-in-india-221340/
Apa Perodua Axia plate Wilayah ni buat kat India??
La.. Cianye die sorang sorang kt sna?
Stock pre-facelift mungkin nak hantar ke India under Toyota badge rasanya.
Mmm… sy rasa model nie sesuai utk market india. Mgkin tgh wat kajian pasaran:) Tapi tidak bezza… perlu ada penambahbaikan in term of design dulu. Hilangkan tonggek n tayar keding dulu. Sorry:)
Cheers!
Mencari pasaran luar untuk axia kerana pasaran dalam negara akan dihentikan selepas ESC diwajibkan. Perodua melebarkan sayapnya.
Mmm… jgn nanti guna logo daihatsu sudah le… hampehh:P
Cheers!
Ye.. Menggunakan logo daihatsu sebagaimana Suzuki melebarkan sayapnya dengan menggunakan logo proton. Jika berjaya masuk pasaran sana, axia akan eksport cbu ke India Dan mungkin eksport CKD jika permintaan menggalakkan. Semoga berjaya perodua.
aku ske design agya ayla
Good features added..