ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Perodua Axia facelift kini dibuka

Views

Seperti yang kami war-warkan dalam artikel sebelum ini, Perodua telah pun membuka tempahan untuk model pertama mereka tahun 2017, Axia facelift yang tampil dengan wajah baharu. Dengan rekabentuk bumpar hadapan ala Honda Jazz, Axia facelift bukan sekadar kosmetik tetapi tampil dengan jantung baharu enjin VVT-i yang turut dikongsi oleh Bezza.

Antara ciri ciri menarik Axia facelift  adalah :

1. Enjin VVT-i baharu yang turut digunakan pada model Bezza
2. Rekabentuk bumpar dan lampu hadapan serba baharu (seakan Honda Jazz)
3. Butang penghidup enjin (untuk varian Advanced dan SE sahaja)
4. Ssitem kemasukan pintar dengan kunci pintar (untuk varian Advanced dan SE sahaja)
5. Pemain DVD dan sistem navigasi GPS dengan Mirror Link (untuk varian Advanced sahaja)
6. Bonet belakang dengan pemegang pintu
7. Warna Cherry Blossom dan Lemon Grass Green tidak akan dikeluarkan lagi

Berikut adalah harga tentatif Axia facelift dan juga pilihan variannya:

1. Varian 1.0 E (Manual) – RM24,900
2. Varian 1.0 G (Manual) – RM34,900
3. Varian 1.0 G (Automatik) – RM36,900
4. Varian 1.0 SE (Manual) – RM37,900
5. Varian 1.0 SE (Automatik) – RM39,900
6. Varian 1.0 Advanced (Automatik) – RM42,900

Nantikan pelancaran rasmi Axia facelift pada 20 Januari nanti!

KLIK UNTUK BESARKAN

16112522_1448459401839605_311296155104248942_o eyeblaster_D88N_Teaser_Ad1 mechapage_D88N-Teaser-Ad1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Axia FL 2017 sudah viral dimana-mana blog Automotif.. Bagus sekali blog-blog automotif mengiklankan Axia FL secara percuma(free marketing) mahupun berbayar.. Ada sesetengah blog memviralkan Axia FL lebih tiga kali seminggu.. Ini dapat membantu merancakkan industri automotif.. bagus sekali..


  • Sebenarnya jauh di sudut hati ini mengharapkan Axia FL varian paling tinggi advanced menggunakan enjin 1.0L turbo 100ps.. Hanya sekadar harapan, mungkin juga harganya nanti bertambah lebih 10%..

Leave a Reply