Kelibat dua unit bas berukuran 15 meter panjang yang pertama di Malaysia telah berjaya dikesan Mohd Raziq Ibrahim di kilang badan bas Intercoach, Serendah. Kedua-dua bas tersebut masih berada di atas treler pengangkut dan masih belum dipasangkan tayar serta beberapa bahagian badan yang lain. Ia dikatakan baharu sahaja tiba dari pelabuhan Westport.
Bas yang dimiliki oleh syarikat Konsortium E-Mutiara itu menggunakan casis Scania K410ib 6×2 (Euro 5 – 15 meter) dan badan bas tersebut menggunakan koc Marcopolo model Paradiso G7 1200. Apa yang menarik mengenai bas ini adalah, gandar belakangnya yang boleh membelok. Difahamkan bas ini akan beroperasi di laluan Kota Bharu – Kuala Lumpur apabila ia memulakan perkidmatannya.
Untunglah set-set Klate dapat naik bas 15 meter panjang ni gi KL nanti!
KLIK UNTUK BESARKAN
assalam. chasis MAN 460 double decker pun dah beroperasi. same function tayar blakang boleh membelok, ekspress perdana guna utk route Kelantan – Perak.
Admin yakin itu marcopolo G7…..sya tau yg dtg tu marcopolo audace
Marcopola Audace ada tak versi yang tayar enam, kami tak pakar bab bas ni bro
Sebenarnya design language Marcopolo tak banyak beza antara satu dengan lain. Cuma kalau Paradiso ni garis headlamp dia mmg protrude sampai tepi pintu kiri dan kanan. Audace tak,