ARKIB

KATEGORI

Buletin

Unsur rekaan Nissan IMx bakal pengaruhi model Qashqai/Rogue Sport generasi baharu

Views

Model konsep Nissan IMx yang telah dipertontonkan di Tokyo pada minggu lalu tidak akan dikeluarkan, namun ia dilaporkan bakal mempengaruhi rekaan model SUV kompak generasi baharu. Perkara tersebut telah diumumkan oleh Naib Presiden Global Design Nissan, Alfonso Albaisa kepada AutoExpress yang mencadangkan kereta pameran tersebut mungkin memainkan peranan yang penting dalam merekabentuk generasi baharu Qashqai atau Rogue Sport di Amerika Utara.

Albaisa turut ditanya adakah IMx turut mempengaruhi rekaan generasi kedua Juke, tetapi beliau menyatakan model kajian tersebut bersaiz lebih besar berbanding SUV sub-kompak. Mungkin kita berpeluang untuk melihat sebahagian dari unsur rekaan model tersebut terdapat pada Qashqai/Rogue Sport.

Tambah Albaisa, rupa IMx tidak akan lebih dari 3 tahun ke hadapan, jadi ia secara tidak langsung ada kaitan dengan kitaran hayat model Qashqai/Rogue Sport (lebih kurang 6-7 tahun). Model tersebut mula dikeluarkan sejak November 2013 dan masih lagi kekal dalam bentuk semasa. Butiran mengenai model generasi ketiga Qashqai/Rogue Sport mula bertebaran dan ia bakal membuat kemunculan sebelum tahun 2020 dan ia dilaporkan nakal meneri manfaat dari teknologi tanpa pemandu ProPilot.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply