ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembekal Proton diminta kurangkan harga 20 peratus

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

• Pengurangan model mungkin menjurus kepada skala ekonomi kepada pembekal
• Proton akan bantu pembekal jimat kos

Dengar khabar pengurusan baru Proton sudahpun berjumpa dengan pembekal dan memberitahu mereka bahawa kos perolehan perlu dikurangkan sebanyak 20 peratus bagi menjadikan syarikat tersebut lebih kompetitif dan pengeluar kereta tertua negara tersebut berjanji akan membantu pembekal mengurangkan kos. Menurut laporan, salah satu cara untuk mengurangkan harga unit ialah dengan meningkatkan jumlah pesanan dan ini mungkin berlaku setelah Proton membuat keputusan tentang bilangan model yang ditawarkan kepada pasaran.

Sekarang Proton menawarkan Saga, Persona, Ertiga, Exora, Preve, Suprima S dan Perdana dengan jumlah jualan keseluruhan yang tidak mencecah 100,000 unit setahun, satu angka yang boleh dikira tidak masuk akal dari segi skala ekonomi kerana pelaburan untuk setiap model berjumlah ratusan juta ringgit. Walaupun berita ini mungkin membuat para pembekal Proton terkejut dan gementar dengan masa depan, namun ianya adalah ubat pahit yang perlu ditelan oleh setiap pihak yang terlibat bagi memulihkan keadaan kewangan syarikat yang dalam keadaan tenat.

Namun pengurangan kos ini tidak menjamin peningkatan angka jualan sekiranya ia tidak menghasilkan kelebihan dari segi harga ataupun kelebihan ekonomi yang lain di pasaran. Pengurangan kos juga tidak boleh menjana jualan lebih sekiranya ia datang dengan pengurangan kualiti. Kualiti merupakan salah satu isu utama yang melanda Proton, sama ada dari segi nyata ataupun persepsi.

Apapun berita ini menunjukkan bahawa Proton sudah mengambil langkah penting dalam merungkai kemelut yang mereka hadapi sekarang dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Li Chunrong dikatakan tidak berdolak-dalik dengan pihak pengurusan pembekal, penjual dan pengedar Proton. Mereka diberitahu bahawa perubahan besar perlu dilakukan dan tidak ada masa lagi untuk mereka yang masih mahu duduk dan tunggu. Menurut sumber, Dr Li memberitahu mereka yang mahu duduk dan tunggu tidak akan dipaksa untuk bangun dan berlari.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply