ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Foto Toyota Rush 2018 tertiris, bayangan SUV Perodua semakin terserlah!

Views

Rakan kami dari seberang Autonetmagz.com telah memuatnaik beberapa foto tiris yang dikatakan model Toyota Rush 2018 (D14N). Mereka juga telah berjaya mendapatkan beberapa maklumat mengenai ciri-ciri yang bakal ditawarkan pada model tersebut. Toyota Rush dan Daihatsu Terios 2018 bakal dilancarkan pada 23 November ini di Indonesia.

Antara ciri-ciri menarik Toyota Rush 2018:

  • Lampu hadapan smoke dengan teknologi Bi Beam LED Multireflektor, teknologi yang hampir sama dengan Toyota Sienta.
  • LED Clearance Lamp.
  • Lampu belakang LED
  • Antena sirip jerung.
  • Spoiler belakang.
  • Cermin sisi yang boleh dilipat secara elektronik dengan lampu signal LED.
  • Rim aloi bersaiz 17-inci untuk varian TRD Sportivo.
  • Rim aloi bersaiz 16-inci untuk varian Type G.
  • Butang Mula/Henti enjin untuk semua varian.
  • Tiga outlet kuasa untuk untuk mengecas peranti pintar.
  • Kamera undur dan penderia parkir.
  • Kamera 360 darjah.
  • Sistem kemasukan pintar untuk varian TRD Sportivo.
  • Butang kawalan pada stereng.
  • Peringatan pemakaian tali pinggang keledar.
  • Penyaman udara dengan memori digital untuk varian Type G.
  • Penyaman udara automatik untuk varian TRD Sportivo.
  • Panel pada papan pemuka menggunakan plastik sentuhan lembut varian TRD Sportivo.
  • Paparan skrin infotainmen bersaiz 7-inci untuk semua varian.
  • Ciri NFC dan lapan pembesar suara untuk varian TRD Sportivo.
  • ABS, EBD, BA, VSC, HSA dan enam beg udara.

Banyak juga ciri-ciri menarik Toyota Rush 2018 ni kan? Sekarang kita sudah pun boleh membayangkan model SUV ketiga Perodua (D38L) yang turut berkongsi pelantar dengan Toyota Rush dan Daihatsu Terios 2018. Jangkaan kami SUV Perodua (D38L) bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia pada penghujung 2018 atau selewat-lewatnya suku pertama 2019. Amacam, menarik tak Toyota Rush 2018?

Sumber Autonetmagz.com

KLIK UNTUK BESARKAN

PP

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply