Nampak gayanya pelancaran model crossover tujuh tempat duduk ala MPV, Honda BR-V semakin hampir! Sebentar tadi, Tun Afdnan telah berjaya mengesan sebuah treler pengangkut yang sarat dengan beberapa unit Honda BR-V, tiba di pusat pameran Honda Jalan Kangsar, Ipoh. Mungkin beberapa unit Honda BR-V akan ditempatkan di sini sebagai unit pameran dan pandu uji. Buat masa ini kami belum mendapat maklumat bilakah tarikh pelancaran rasminya, namun tempahan model ini sudah pun dibuka sejak 1 Disember 2016. Nantikan kemunculannya!
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI