ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jaminan tujuh tahun untuk model Nissan dan Infiniti tanpa had perbatuan

Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) dan Inspired Motor Sdn. Bhd. telah mengumumkan waranti baru selama tujuh tahun dengan perbatuan tanpa had untuk model-model Nissan dan Infiniti. Tawaran waranti ini adalah sempena ulang tahun ke-60 Tan Chong Group (sejak ditubuhkan pada tahun 1957).

Waranti tersebut melibatkan semua model Nissan kecuali pikap Navara yang dihadkan kepada 5 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km, manakala bagi kenderaan kegunaan komersial, waranti adalah sama seperti sebelumnya iaitu selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. Waranti 7 tahun dikendalikan sepenuhnya oleh Tan Chong Group dan boleh dipindahkan kepada pemilik seterusnya dalam tempoh jaminan itu.

Syarat waranti 5 tahun pertama adalah sama dengan waranti 3 tahun pengilang, manakala tahun ke-6 dan ke-7 adalah untuk jaminan enjin, transmisi dan bahagian alat ganti terpilih. Program waranti lanjutan untuk pemilik sedia ada akan ditawarkan tidak lama lagi.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, ETCM akan menghadiahkan peralatan rumah jenama Hitachi bernilai RM108,888 kepada para pemenang Januari dan Februari yang bertuah. Kolaborasi unik di antara ETCM dan Hitachi Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. memberi peluang kepada para pelanggan untuk memenangi pelbagai peralatan rumah apabila mereka membeli serta mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan sepanjang tempoh promosi.

Sepanjang tempoh kempen ini, ETCM turut menawarkan rebat dan penjimatan menarik sehingga RM6,500 untuk model-model terpilih Nissan. Skim Bayaran Muka 0% Faedah dan Promosi RM1 juga akan diteruskan. Selain itu, ETCM akan menganjurkan Karnival Tahun Baru Cina Nissan yang menampilkan barisan model Nissan dan persembahan Tarian Singa khas.

Tarikh dan lokasi Karnival adalah seperti berikut:

TarikhMasaWilayahLokasi
14 – 15 Januari10am – 8pmTengahETCM Petaling Jaya, Selangor
UtaraETCM Ipoh, Perak
Pantai TimurETCM Kuantan, Pahang
SelatanETCM Semabok, Melaka
SabahETCM Kota Kinabalu, Sabah
SarawakETCM Miri, Sarawak

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi siri jelajah Tahun Baru Cina Nissan seperti tarikh dan lokasi berikut.

TarikhLokasi
3 – 8 JanuariAEON Kota Bharu, Kelantan
4 – 8 JanuariOne Utama, Petaling Jaya
5 – 8 JanuariEast Coast Mall, Kuantan
6 – 8 JanuariKluang Mall, Johor
6 – 8 JanuariCenter Point, Kota Kinabalu
6 – 15 JanuariAlamanda Putrajaya, Selangor
8 – 14 JanuariTesco Kota Bharu, Kelantan
10 – 15 JanuariAEON Klebang, Ipoh
17 – 23 JanuariBoulevard, Kuching

KLIK UNTUK BESARKAN

7 yrs wanranty Window Sticker FOP 02-7-years-warranty-with-unlimited-mileage_infiniti-models 04-cny-2017-promotion-campaign

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply