ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Peugeot bakal ‘rebadge’ trak pikap jenama China?

Foto Intipan

Views

Penukaran lencana atau ‘rebadge’ sememangnya bukan perkara ganjil bagi pengeluar kenderaan di dunia. Proses ini lazimnya dibuat pada model yang bukan teras kepada sesuatu jenama tersebut kerana kita sedia maklum kos pembangunan sebuah model baharu memakan belanja yang sangat tinggi.

Pengeluar kereta dari Perancis, Peugeot juga mengambil pendekatan ini dengan memperkenalkan trak pikap terbaharu mereka yang merupakan model ‘rebadge’ kepada Changan Kaicheng F70. Ini bukan kali pertama syarikat tersebut melakukannya kerana pada 2017, mereka pernah memperkenalkan model yang dinamakan Pick Up yang dibangunkan dari pelantar model Nissan Navara 1997.

Foto intipan model pikap terbaharu Peugeot yang sedang diuji di China telah dimuat naik ke laman sesawang Autohome dan info mengenainya turut dikongsikan oleh Autotimesnews.com. Pada tahun 2017 juga PSA telah mengumumkan pembangunan model trak pikap bersama Changan.

JOM BACA >> Model SUV kompak Proton bakal dinamakan X50?

Model tersebut dibangunkan dari pelantar serba baharu namun tiada butiran lanjut mengenainya. Trak pikap ini bukan sahaja akan menggunakan lencana Peugeot malah turut dikongsi dengan Changan. Reka bentuk luaran model pikap Peugeot hanya berbeza dengan model Changan pada bahagian muncung hadapan.

Ia menampilkan rekaan jeriji dan lampu yang berbeza. Rekaan dalamannya juga sama jika merujuk kepada foto-foto yang intipan yang ada. Model ini turut berkongsi dimensi yang sama – 5330 mm panjang, jarak gandar 3180 mm, manakala saiz pelantar kargonya pula 1600/1595/500 mm.

Menurut media China, Changan F70 akan dikuasakan oleh enjin turbo diesel dari Isuzu dengan kapasiti 1.9 liter dan 2.5 liter. Enjin paling asas model ini cukup berkuasa dan mampu menghasilkan output sebanyak 150 kuasa kuda, manakala enjin yang satu lagi menghasilkan 129 kuasa kuda. Ia ditawarkan dengan pilihan pacuan roda belakang atau pacuan empat roda.

Kemungkinan besar trak pikap Peugeot bakal berkongsi penjana tenaga yang sama. Pelancaran rasmi kedua-dua model pikap itu akan dibuat dalam tahun ini. Changan merancang untuk mengeksport model ini namun butiran mengenainya belum dikeluarkan lagi. PSA pula telah mengumumkannya dua tahun yang lalu. Belum dapat dipastkan sama ada Citroen akan turut berkongsi model pikap yang sama, namun setakat ini tiada model pikap dalam barisan model jenama tersebut.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Impian generasi baharu

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto intipan Trak pikap Peugeot

Changan Kaicheng F70

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply