ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran digital Proton Impian generasi baharu

Karya Digital

Views

Pakar manipulasi foto yang tersohor Chin Swee Hoe baharu sahaja berkongsi karya terbaharunya di laman Facebook peminat kereta Live Car Breathe Car. Kali ini beliau telah membuat gambaran model Proton Impian generasi baharu atau model gantian kepada Prevé yang diolah dari model sedan Geely Bin Rui.

Theo hanya melakukan sedikit rombakan kecil pada bahagian jeriji hadapan yang diinspirasikan dari model Iriz facelift 2019 yang masih lagi belum dilancarkan secara rasmi. Bahagian lampu dan bampar depan masih dikekalkan, manakala di bahagian belakang hanya tulisan Proton menggantikan Geely.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Secara keseluruhan boleh dikatakan sebagai minor facelift sekiranya model ini ingin dilancarkan lebih cepat ke pasaran. Namun kami berharap Proton diberi keizinan untuk merombak lebih banyak lagi rekaan model Bin Rui memandangkannya dijangka melancarkan sebuah model sedan pada tahun 2021.

Jadi ada lebih banyak masa untuk Proton melakukan sesuatu dari segi reka bentuk dan mungkin juga talaan casis dan suspensi. Ada kemungkinan model sedan tersebut merupakan model pengganti Prevé kerana model tersebut telah ditamatkan pengeluaran pada penghujung tahun lalu.

Apa pendapat anda mengenai hasil karya terbaharu Theo ini?

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply