ARKIB

KATEGORI

Buletin

Model SUV kompak Proton bakal dinamakan X50?

Info

Views

Masa mula-mula kami mendapat info terbaharu dari sumber yang boleh dipercayai ini, terus terdetik dalam hati, ‘tepat pula ramalan kami’ seperti dalam artikel terdahulu. Menurut sumber tersebut, model SUV kompak Proton yang berkongsi pelantar dengan model Geely Bin Yue (SX11) bakal dinamakan sebagai X50.

Model usaha sama dengan Geely ini bakal menjadi SUV kedua Proton dengan tanda harga lebih ‘marhaen’ kerana di China, ia dijual pada harga antara RM47,000-RM72,000 (78,800 Yuan-118,800 Yuan). Namun untuk versi Proton kami tidak pasti versi manakah yang akan dibawa ke sini kerana Bin Yue mempunyai dua pilihan penjana kuasa yang berkapasiti 1.5L dan 1.0L.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Impian generasi baharu

Ada kemungkinan kedua-dua penjana kuasa ini akan ditawarkan pada model X50 dan ia akan digandingkan dengan kotak gear Dwi-Klac (DCT) 7-kelajuan untuk versi 1.5L atau transmisi manual 6-Kelajuan untuk 1,0L. Setakat ini masih belum kelihatan lagi kelibat unit ujian berceloreng menjalani ujian di jalan raya.

X50 akan menjadi model kedua selepas X70 yang bakal dipasang secara tempatan (CKD) di kilang baharu proton di Tanjung Malim. Kilang tersebut bakal mengeluarkan model usaha sama Proton-Geely dan model jenama lain di bawah keluarga Geely seperti Lynk & Co.

Kami difahamkan X50 akan tiba di pasaran Malaysia pada tahun depan (2020). Info mengenai model ini masih lagi terhad, namun kami jangka X50 akan mempunyai lebih komponen tempatan dan mungkin Proton diberi keizinan untuk menyentuh sedikit reka bentuk asal Bin Yue bagi menyuntik lebih elemen rekaan Malaysia.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara>

KLIK UNTUK BESARKAN

*Foto hiasan. Kredit The Ajerul.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Risau pulak bila baca “….mungkin Proton diberi keizinan untuk menyentuh sedikit reka bentuk asal Bin Yue bagi menyuntik lebih elemen rekaan Malaysia..”

    Takut jadi lebh buruk. Kalau nak sentuh pun, jangan banyak-banyak. Just re-design grille macam X70 sudah la.

Leave a Reply