ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ tawar pemutihan baharui cukai jalan sehingga akhir Jun

Views

Bernama melaporkan pemilik motor dan kenderaan yang cukai jalannya telah tamat tempoh tidak lebih dari tiga tahun kini dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan mereka tanpa perlu melalui proses biasa, menerusi program pemutihan yang berkuatkuasa 24hb Mac hingga akhir Jun 2018.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, program pemutihan itu adalah yang pertama kali dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mendapat sokongan serta kerjasama dari syarikat-syarikat insurans. Program ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat, khususnya mereka yang berada dalam golongan B40 (kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah).

Pemilik motosikal dan kenderaan yang terlibat juga akan menikmati potongan bayaran insurans jika memperbaharuinya dalam tempoh itu. Bagi motosikal 125cc, pemilik hanya perlu bayar RM80 berbanding antara RM100 hingga RM140 kadar biasa. Jika mengikut prosedur biasa, kenderaan yang telah luput cukai jalannya melebihi satu tahun perlu menjalankan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sebelum dinilai dan diluluskan permohonan untuk perbaharuan cukai jalan.

Program pemutihan itu akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ seluruh negara. Dalam perkembangan lain, Liow yang juga anggota Parlimen Bentong berkata Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dengan pekan Bentong sebagai salah satu hentiannya, bakal mengurangkan tempoh perjalanan Bentong ke Kuala Lumpur daripada satu jam sekarang kepada hanya 25 minit apabila projek itu siap pada 2024 nanti. Kerja-kerja membuat terowong sepanjang 18km yang merentasi Bentong telah pun bermula.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply