Kami baharu sahaja menerima dua foto dan satu video intipan Proton Ertiga dengan plet perdagangan yang telah berjaya dikesan oleh Mohd Aizat Yaacob sekitar Putrajaya. Agak menghairankan kerana tiada apa-apa maklumat mengenai nasib model ini setelah Proton menjalinkan pakatan strategik bersama rakan strategik asing terbaharunya, Geely.
Model yang dikesan ini juga tidak dilekat dengan celoreng penyamaran yang biasanya selalu digunakan. Jika diperhatikan pada nombor plet perdagangan, ia biasanya digunakan oleh Proton. Adakah Proton sedang menguji sesuatu dengan Ertiga ini? Mungkinkah Proton Ertiga tersebut digunakan untuk ujian penanda aras untuk model terbaharu Proton nanti?
Kami akan cuba membuat risikan untuk merungkai misteri tersebut.
KLIK UNTUK BESARKAN
Letak la stability control
Ertiga Diesel masuk Malaysia?
oh.. ini minor facelift Erempat pula.