ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton Persona facelift buat ujian di LPT1

Views

Jika malam tadi kami memuat naik satu foto intipan Proton Persona facelift 2019 yang berjaya dikesan dalam kawasan parkir Hentian Rehat & Rawat Gambang, bermakna unit yang dikesan dalam foto terbaharu ini adalah kereta yang sama. Foto ini telah sempat dirakam oleh Hoe Chan dan dikongsikan ke salah satu laman group Facebook Proton Iriz/Persona.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?

Jika diperhatikan, jelas lokasi penemuan unit ujian tersebut adalah di sekitar Lebuh raya Pantai Timur 1 betul-betul sebelum papan tanda di persimpangan susur keluar ke Kuala Lumpur/Maran dan Kuala Terengganu/Kuantan. Walaupun foto ini agak kabur kita masih boleh melihat dengan jelas bahagian bampar belakang, palang krom dan spoiler kecil pada but Persona facelift ini yang dilitupi celoreng penyamaran.

Dari arah ini, nampak Persona facelift lebih segak dan bampar baharunya tidak terlalu labuh seperti sebelumnya. Merujuk pada info dalam artikel terdahulu, rekaan hadapan model ini berkongsi wajah yang sama dengan Iriz MC dan dijangka kedua-duanya bakal dilancarkan serentak awal tahun hadapan. Buat masa ini maklumat mengenainya agak terhad dan kami akan cuba mendapatkan beberapa info tambahan dari semasa ke semasa, nantikan!

JOM BACA >> PANAS: Ottimo bakal perkenal moped ‘harga marhaen’ tidak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply