ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

PANAS: Ottimo bakal perkenal moped ‘harga marhaen’ tidak lama lagi!

Views

Malam tadi berlegar di laman sosial beberapa foto intip sebuah ‘moped misteri’ yang telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dari netizen. Apa yang menarik perhatian kami adalah, moped terbaharu itu bukan keluaran pengeluar motosikal sedia ada tetapi ianya merupakan sebuah jenama terbaharu yang bakal muncul di pasaran tidak lama lagi. Jenama tempatan yang dikenali sebagai Ottimo ini bakal menambahkan lagi kemeriahan segmen dua roda di Malaysia dalam masa terdekat.

Apa dia Ottimo ni sebenarnya? Ada kena mengena dengan roti Massimo ke? Untuk menjawab persoalan ini, kami telah melakukan sendiri kerja-kerja risikan disebabkan Mat Bond sedang bercuti. Apa yang kami dapat dari sumber yang rapat dengan industri mengatakan Ottimo adalah pengeluar motosikal yang berpangkalan di Kedah dan kebanyakan tenaga kerja syarikat ini adalah bekas pekerja Modenas.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?

Sumber tersebut turut berkata, jenama tersebut bakal mengeluarkan motosikal elektrik dan motosikal berenjin petrol. Yang pasti, Ottimo bukan penjenamaan semula Demak dan ia langsung tiada kaitan dengan syarikat yang telah berkubur itu. Selain itu, sumber itu turut memberitahu kami model sulung keluaran jenama tersebut adalah sebuah moped yang dikuasakan enjin 110cc yang menepati piawaian Euro 3.

Agak mengejutkan kami adalah harga motosikal tersebut yang dikatakan ‘sangat marhaen’, iaitu di bawah RM4,000 seunit! Pada pengamatan kami, moped sulung Ottimo ini dijangka mencetuskan kegerunan kepada pesaingnya terutama sekali pengeluar tempatan yang berada dalam kejiranannya iaitu Modenas.

Tidak keterlaluan kami katakan, reka bentuk moped yang tertiris ini sangat menarik dan menepati citarasa anak muda dan peminat jentera dua roda. Walaupun kami tidak menerima sebarang info mengenai spesifikasi dan siapakan pembekal enjin kepada syarikat baharu ini, kami tetap optimis yang jenama ini mampu bersaing dengan pengeluar sedia ada. Katanya, Ottimo sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan super moped pula selepas ini dan ia menambahkan lagi keterujaan kami..

Nantikan kemunculannya!

JOM BACA >> Kerana muat naik gambar-gambar ini di Twitter, Toyota beri respon yang amat mengejutkan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply