ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Prototaip awal Geely Boyue pemanduan sebelah kanan sudah siap!

Views

Bakal SUV pertama Proton, yang akan dibangunkan dari model Geely Boyue kini sudah mempunyai unit prototaip pemanduan sebelah kanan. Unit tersebut telah dipertontonkan kepada warga kerja Proton di Shah Alam dan Tanjung Malim yang bakal menjadi pusat pengeluarannya. Dua unit Geely Boyue, satu versi 2.4 TGDI (pemanduan sebelah kanan) dan satu lagi versi 1.8 TGDI (pemanduan sebelah kiri) telah dipamerkan semasa siri jelajah tersebut diadakan.

Melalui risikan Mat Bond, versi 1.8 TGDI akan diperkenalkan terlebih dahulu dan ia akan mempunyai dua fasa, fasa pertama hanya perubahan minor, dan versi yang kedua pula akan mengalami perubahan yang lebih ketara. Konsep seperti ini telah pun digunapakai pada model Perdana yang dibangunkan dari Honda Accord generasi kelapan.

BACA >> Dr. Li Chunrong diumukan sebagai CEO baharu PROTON

Versi kedua yang lebih mempunyai ciri rekaan Proton akan dikeluarkan setelah pembinaan kilang baharu di Tanjung Malim siap dan memulakan operasinya. Versi pertama akan mula dikeluarkan seawal suku pertama atau kedua tahun 2018 dengan pengeluaran secara skala kecil. Harganya pula berkemungkinan di bawah RM100K.

Mungkin sebelum akhir tahun ini kita akan dapat melibat kelibat Geely Boyue dengan mod penyamaran diuji di jalan raya. Siap sedia untuk menjadi pengintip ye!

BACA >> Proton Bayu – Gambaran SUV pertama Proton rekaan Saharuddin Busri

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply