ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Treler mengangkut Myvi 2018 dikesan!

Views

Setelah Perodua mengumumkan pelancaran rasmi Myvi 2018 bakal dibuat pada 16 November ini, treler-treler pengangkut mereka telah memulakan misi penghantaran kereta tersebut ke bilik pameran seluruh negara. Kelibat sebuah treler membawa Myvi 2018 yang dibungkus dengan kain hitam telah berjaya dikesan oleh Ahmad Amin di sekitar Selayang malam kelmarin, namun tidak dapat dipastikan ke mana destinasi treler ini.

Tempahan Myvi 2018 telah dibuka pada minggu lepas dengan harga yang ditetapkan bermula dari RM44,300 hingga RM55,300. Hujung minggu lalu juga Perodua telah membawa model ini ke Malaysia Autoshow 2017 untuk sesi pra-tonton. Kami difahamkan tempahan Myvi 2018 kini sudah melepasi angka 1,500 unit dalam masa beberapa hari sahaja.

Berikut adalah harga model Myvi 2018 mengikut varian (harga tidak termasuk insurans):

  • 1.3 Standard G (MT) – RM44,300
  • 1.3 Standard G (AT) – RM46,300
  • 1.3 Premium X (AT) – RM48,300
  • 1.5 High (AT) – RM51,800
  • 1.5 Advance (AT) – RM55,300

Foto-foto tiris Myvi 2018 juga telah mula menjadi sohor kini di laman-laman sosial dan kalau anda nak melihatnya di sini, kami mohon maaf kerana tidak dapat berbuat demikian atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan. Kami tahu ramai yang dah tengok kan? Amacam, tak teringin nak menempah ke?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply