ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pasukan Proton R3 juara keseluruhan perlumbaan Sepang 1000km Endurance 2017

Views

Walaupun Proton tidak menyertai perlumbaan Sepang 1000km Endurance (S1k) tahun lalu, mereka telah kembali dan berjaya melakar kejutan pada edisi 2017. Hujung minggu lalu, pasukan Proton R3 muncul sebagai juara keseluruhan perlumbaan tersebut dengan menewaskan pencabar terdekat dari Maxxoil Mayhem Team dan Tedco Racing yang masing-masing memandu kereta Honda dan Suzuki.

Admi Shahrul dan James Veerapen yang memandu kereta Proton Suprima S R3 bernombor 82 menamatkan saingan jauh di hadapan juara S1k tahun lalu, Tengku Djan Ley dan Keifli Othman. Proton Iriz R3 bernombor 81 yang dipandu Syafiq Ali dan Farique Hairuman pula menamatkan perlumbaan di tempat ke-5 selepas mengharungi 171 pusingan yang panjang dan mencabar.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, kerjasama berpasukan yang sangat baik, persediaan, perancangan dan analisis risiko yang telah dibuat, selain kereta yang baik serta penajaan dari Petronas telah berjaya membuahkan kemenangan. Terbukti kereta keluaran Proton tahan lasak dan ini merupakan keputusan yang sangat baik setelah membuat kemunculan semula dalam sukan permotoran.

Proton akan terus merancang strategi penambahbaikan untuk kereta-kereta Proton agar dapat memberikan prestasi serta ketahanan yang lebih sempurna kepada pengalaman pemilikan para pelanggan. Dengan pasukan yang ada, Proton akan terus berusaha untuk memperbaiki kelemahan agar dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik pada perlumbaan yang akan datang.

Sepanjang bulan November ini, Proton mengadakan promosi 5 Nilai Hebat dengan RM0 kos penyelenggaraan* sehingga 5 tahun dan penjimatan sehingga RM8,000* untuk pembelian kereta Proton. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800 888 398 atau e-mel kepada [email protected]. Pelanggan juga boleh layari laman sesawang  www.proton.com atau Facebook rasmi di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial atau memuat turun aplikasi rasmi mudah alih MyProton, menerusi Google Play dan Apple App Store.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply