ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua hantar barang keperluan dan sukarelawan bantu mangsa banjir di Pulau Pinang

Views

Perodua dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membekalkan barang keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan, produk penjagaan diri dan keperluan lain kepada mangsa banjir di Pulau Pinang. Selain itu, Perodua turut menghantar sukarelawan untuk membantu kerja-kerja pembersihan dan bantuan pemulihan selepas banjir.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata pihaknya ingin menyumbang untuk mengurangkan penderitaan akibat banjir dengan bekerjasama rapat dengan MKN. Perodua kini mengumpul sukarelawan di kalangan kakitangannya untuk dihantar ke Utara sebelum hujung minggu lalu atau selewat-lewatnya pada awal minggu ini bagi membantu aktiviti pembersihan dan yang berkaitan dengan selepas banjir.

Perodua mempunyai 12 bilik pameran jualan dan 13 outlet servis (termasuk dua Hab Cat & Badan Perodua) di sekitar Pulau Pinang. Secara keseluruhan Perodua mempunyai seramai 600 orang kakitangan yang bekerja secara langsung dan juga yang berkerja dengan pengedar sah jualan dan servis di negeri tersebut, di mana kebanyakan outletnya turut terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Selain itu, Perodua juga memberi bantuan sokongan berupa wang tunai sebanyak RM500 kepada kakitangannya dan amaun tambahan sehingga RM3,000 bergantung kepada tahap kerosakan rumah mereka serta bantuan lain seperti menyediakan bekalan perubatan, air yang bersih dan boleh diminum, selimut dan keperluan lain.

Sebelum ini, Perodua menawarkan bantuan kepada para pelanggannya dalam bentuk diskaun untuk alat ganti terpilih, perkhidmatan tunda yang disubsidi sebahagiannya ke bengkel servis Perodua dan pemeriksaan percuma untuk kenderaan yang rosak bagi menentukan jumlah kerosakan pada kenderaan tersebut. Kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir, Perodua menggesa mereka untuk menghubungi talian perkhidmatan pelanggan bebas tol di 1-800-88-5555 untuk bantuan penundaan..

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply