Laman media sosial rasmi Tun Dr. Mahathir telah memuatnaik sekeping foto Tun bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah dalam sebuah kenderaan SUV berwarna merah dengan kapsyen “Morning Drive” semalam. Menurut pemerhatian kami, kenderaan tersebut adalah bakal SUV pertama Proton yang berkongsi pelantar bersama Geely Boyue. Dari ekspresi wajah Tun, nampak beliau dan isteri agak teruja dengan ciri-ciri yang ada pada model SUV tersebut.
Untuk mengesahkan perkara tersebut, kami telah bertanya kepada sumber rapat dengan Tun, saudara Adam Muhkriz dan beliau telah mengesahkankannya. Tambahnya lagi model tersebut sudah diubah kepada pemanduan sebelah kanan (RHD) dan ia merupakan versi Proton yang bakal dilancarkan pada penghujung September atau awal Oktober nanti.
BACA >> 5 Perkara Yang Bakal Membuatkan Rakyat Malaysia Terpikat Dengan SUV Pertama Proton – Sharaf Saleh
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong baru-baru ini berkata, kempen pengenalan SUV Proton akan bermula pada bulan Ogos ini secara berperingkat. Unit terawal SUV Proton fasa pertama akan diimport sepenuhnya dari China (CBU) dan fasa kedua akan dipasang sepenuhnya di kilang baharu usahasama Proton dan Geely yang sedang rancak dibina di Tanjung Malim.
Menurut sumber, model fasa pertama akan lebih kepada versi penukaran lencana (rebadged) dengan sedikit perubahan kosmetik dengan enjin 1.8 liter TGDI dan transmisi automatik enam-kelajuan, manakala fasa kedua akan memperlihatkan lebih banyak identiti Proton dari segi rekabentuk luaran dan juga dalaman dijangka mempunyai pilihan enjin 1.5 liter TGDI dengan transmisi dwi-klac.
Menurut Ketua Pereka di Proton|Design, Azlan Othman, untuk versi fasa pertama mereka terpaksa membuat perubahan secara minima untuk mempercepatkan proses pengeluarannya dan perubahan yang lebih ketara hanya akan muncul pada versi kedua pada 2019 nanti. Para pereka Proton telah berkampung di China sejak tahun lalu untuk bekerjasama dengan pasukan rekabentuk Geely dalam merealisasikan model tersebut. Kami difahamkan unit pemanduan sebelah kanan Geely Boyue versi Proton akan dipertontonkan kepada pihak media pada bulan Julai nanti.
KLIK UNTUK BESARKAN
Nampaknya ini model RHD yang sebenar dan bukannya gambar yg diterbalikkan. Camera yg diletak di windshield masih di bahagian kiri seperti versi LHD.
Paling terbaik sekali ialah spesifikasi Malaysia adalah mengikuti model facelift yg dilancarkan bulan Mac lalu dan bukan model sebelum facelift. Mmg tak sabar lah wei….
Hum seems like Dr Li has finely made the impossible possible …Its not like any tom dick and Harry could just run to Proton and ask for the keys for a test drive..Remember this car is still a Prototype and only a selected few like Tun Mahathir would be eligible to drive it …
Hum did I read it rite a 1.5TGDI” engine if i am not mistaken Geely Group does not have an engine smaller then the 1.8TGDI yet as it only been launched a few mouths ago, so this might mean that Proton has not abandoned their NE01/Phoenix project that would make it very interesting ..
Geely has turbo engines ranging from 1.0, 1.3,1.4, 1.5 and 1.8. Most of them are direct injection and all are already in use on new generation Geely models.
The 1.5 being referenced isn’t Proton’s TGDi engine but the 3-cylinder 1.5T co-developed by Geely and Volvo. I believe the NE01 project might have been scrapped entirely.
Rm100k? 5 seater? No thanks!
Nobody want you to buy..