ARKIB

KATEGORI

Buletin

Imej 3D Proton Perdana FL 2018 – Lebih maskulin dan sporty!

Views

Sebenarnya kami hampir terlupa nak terbitkan artikel ini sebab tertangguh sejak sehari sebelum Raya. Seperti biasa, jika ada imej rekaan 3D versi realistik seperti ini, hanya dua nama sahaja yang terlintas dalam pemikiran kami iaitu ‘otai’ rekabentuk Malaysia, Saharudin Busri dan pereka muda berbakat, Idiyaz Baharuddin.

Rekaan 3D Proton Perdana FL 2018 ini sebenarnya adalah hasil karya Saharudin Busri@Wak. Perdana FL 2018 ataupun facelift ini menampilkan rekabentuk paras rupa hadapan yang dirombak sedikit dari model 3D Perdana Executive 2018 rekaan beliau sebelumnya, terutama di bahagian jeriji utama dan bampar. Ia nampak lebih kemas, moden, garang dan semestinya sporty.

BACA >> Imej 3D Proton Perdana Executive Concept 2018 – Lebih Moden Dan Elegan!

Jika dibandingkan dengan versi Perdana Executive 2018, gaya rekabentuk Perdana FL 2018 dengan permainan dua tona warna badan kereta dan rim serta kit badan menyerlahkan ke’jantanan’nya sekaligus meletakkannya sekufu dengan beberapa model dalam segmennya seperti Honda Accord, Mazda6, Volkswagen Passat dan Toyota Camry.

Buat masa ini, hanya foto-foto usikan awal yang telah dihantar kepada kami. Kita nantikan versi penuh akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Maaf la Wak sebab lambat naik cerita mengenai Perdana FL 2018. Raya punya pasal sampai terlupa!

Berkenan sungguh penulis dengan foto Proton Perdana FL 2018 berlatarbelakangkan rumah kampung tu. Memang menaikkan kembali ‘mood’ Raya walaupun dah mula bekerja seperti biasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply