ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!

Foto Intip

Views

Akhirnya! Penantian Ahmad Ahmad selama beberapa tahun bakal berakhir tidak lama lagi. Unit ujian model ‘supermopedModenas GT150 yang ditunggu-tunggunya sejak sekian lama telah mula memunculkan diri.

Foto intip tersebut telah dikongsikan oleh salah seorang bangsa Mekanika bernama Muhammad Hafiz, manakala beberapa imej tangkap layar video intip yang dirakam oleh Anwar Md Toha, turut dimuat naik oleh rakan media kami itu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat

Difahamkan unit ujian supermoped yang sarat dengan pelitup celoreng ‘mirip kuda belang’ berkenaan berjaya dirakam sekitar Lebuhraya Utara Selatan, sekitar Bukit Kayu Hitam.

Menurut Mekanika, unit ujian berkenaan turut diiringi sebuah skuter Modenas Karisma EX 125. Beberapa perincian pada supermoped itu turut dapat lihat, antaranya lampu LED depan dan belakang, rim bersaiz 17-inci, cakera brek tunggal depan dan belakang dan fork teleskkopik.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Berkemungkinan supermoped ini akan dilengkapi dengan sistem brek ABS secara standard. Ini kerana, motosikal yang memohon Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) bermula 1 Januari 2025 adalah diwajibkan untuk memasang sistem brek tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan mendedahkan bahawa, prototaip supermoped tersebut telah pun ‘siap’ dan bakal dilancarkan pada Oktober 2025.

Memandangkan nama GT150 telah dipilih semula, ada kebarangkalian supermoped itu nanti akan dikuasakan oleh enjin bersesaran 150cc. Nantikan informasi terkini berkenaan Modenas GT150 dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Muhammad Hafiz, Anwar Md Toha dan Mekanika

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply