Agak mengejutkan setelah kami menerima kiriman foto-foto SUV misteri ini daripada salah seorang pembaca yang tidak mahu identitinya didedahkan. Tiada sebearang maklumat langsung diberikan buat masa ini mengenai model SUV tersebut dan jika diperhatikan kepada foto-foto tersebut, berkemungkinan ia ada kaitan dengan DreamEdge. Dalam salah satu foto kelihatan emblem SUV tersebut yang tertera perkataan ‘VISI dan 2020’.
Melalui pengamatan kami setelah dilakukan sedikit forensik foto, besar kemungkinan model SUV ini adalah imej janaan 3D yang dimasukkan ke dalam persekitaran sebenar dan mungkin juga ia model skala bersaiz penuh. Pada mulanya kami menjangkakan model SUV ini ada kaitan dengan model Venucia dari China atau Vinfast dari Vietnam, namun kedua-duanya tiada kaitan dengan model tersebut.
JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!
Menambah keterujaan kami, ada foto yang memaparkan sistem pemanduan kenderaan ini yang mempunyai tiga versi, 100 peratus elektrik, e-Power dan hibrid konvensional. Sekaligus satu sahaja persoalan yang bermain di minda kami, adakah ini model pertama projek kereta nasional ketiga?
Mungkin ia ada kaitan dengan projek tersebut memandangkannya bakal menggunakan penjana kuasa mesra alam yang menjadi keutamaannya. Adakah projek kereta nasional ketiga dinamakan VISI dan model pertamanya adalah SUV 2020? Ini yang menambahkan misterinya, dan kami akan cuba mengarahkan perisik tersohor kami Mat Bond dan mungkin bantuan Detektif Konan untuk merungkai semua persoalan ini.
Adakah model ini akan membuat kemunculan di KLIMS18 nanti? Nantikan maklumat susulan daripada kami!
JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu?
KLIK UNTUK BESARKAN
Ah sudah projek kroni madey
tu la..kata negara nk bangkrap..
nuat kilang tu nnti..duit rakyat juga yg keluar
Pakai sistem pacuan Nissan Note ni…. Aku rasa bukan SUV… lebih mcm hatchback crossover saiz B-segment..