ARKIB

KATEGORI

Buletin

SST – Tayar dan minyak pelincir naik harga

Views

Utusan Online melaporkan harga beberapa barangan sektor automotif meliputi tayar, alat ganti dan minyak pelincir dijangka mengalami kenaikan apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan kembali bermula 1 September ini. Beberapa syarikat telah mengeluarkan surat pemberitahuan atau memorandum sejak 1 Ogos lalu berkaitan peningkatan harga ini termasuk jenama terkemuka Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Goodyear Tyre & Rubber Company.

Syarikat-syarikat lain yang berbuat demikian termasuk Hankook Tire Malaysia Sdn. Bhd.; Michelin Malaysia Sdn. Bhd. (Michelin); Continental Tyre PJ Malaysia dan Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. (PLMM). Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Anton Salleh Hashim berkata, syarikat akan melaraskan harga buat pengedar, perkhidmatan stesen Petronas, bengkel, alat ganti serta harga disyorkan kepada pengguna setelah SST dilaksanakan.

Pelarasan harga juga disebabkan oleh kenaikan harga minyak mentah, kos bahan mentah dan kos operasi. Mengenai harga tayar, Pengarah Urusan Bridgestone, Yuichiro Shirai berkata, harga tayar Bridgestone, Firestone, Dayton, tiub dan’ flap’ akan dinaikkan pada 1 September ini. Pengarah Jualan Goodyear, Chee Lip Choon pula berkata, harga produk akan dinaikkan disebabkan oleh peningkatan cukai ke atas bekalan barang dan perkhidmatan.

JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!

Cukai jualan untuk tayar buatan tempatan dikenakan pada kadar yang ditentukan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Pengarah Urusan Hankook, Ryan Chang pula memaklumkan kepada semua rakan perniagaannya untuk melaksanakan pelarasan harga bagi semua jenis tayar Hankook bermula 1 September 2018.

Ia disebabkan peningkatan kos dalam bekalan barangan dan perkhidmatan justeru syarikat meminta orang ramai memahami dan memberi sokongan yang berterusan. Turut mengeluarkan notis sama, Pengurus Pemasaran Michelin, Duy Pham yang berkata, tayar jenama Michelin dan BFG akan naik bermula 1 September ini susulan pengenalan semula SST.

Sementara itu, menurut Unit Jualan dan Pemasaran Continental, tayar bagi kereta penumpang (PCR), trak ringan (LTR), tayar bagi trak dan kenderaan utiliti sukan (SUV) serta van juga bakal menyaksikan kenaikan harga berkuat kuasa 1 September ini.

JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu? 

KLIK UNTUK BESARKAN

  

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply