Kami yakin berita ini bakal membuatkan jiwa peminat Proton bergelora untuk ke Malaysia Autoshow 2016 yang akan bermula esok hingga Ahad nanti di Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC). Perkhabaran yang baru sahaja kami terima sebentar tadi dari sumber yang boleh dipercayai, Proton|Design akan mempertontonkan sebuah model Iriz Edisi Terhad yang bakal menjadi tarikan utama ke gerai pameran Proton.
Namun agak malang kerana buat masa ini tiada sebarang foto mahupun informasi mengenai model tersebut. Kami pun tak dapat nak membayangkan bagaimana rupa Iriz tu, adakah ia versi produksi Iriz Active atau hot-hatch Iriz dengan kit badan baharu sepenuhnya. Jangan tiba tiba Proton|Design buat Iriz versi ute sudah lah, pening kepalo den nak memikirkannya. Adakah kemungkinan model yang dipamerkan nanti bakal diproduksikan dalam unit terhad jika mendapat reaksi positif? Kita tunggu jelah, tak sabar juga ni.
Iriz versi Uber rasanya ni. 🙂
Versi bumbung hitam mcm myvi kot.. haha
Iriz R5 APRC
Adakah exora dan iriz 1.3 turbo masa d alami proton yang sebelum ini?
Harap design macam Iriz Active, engine 1.3 VVT Turbo, ditala dengan gear manual 6-kelajuan atau CVT yang lebih improve dari Persona…jual lah dalam harga range RM70k-80k…target jual sebulan 1000 unit…boleh la challenge Ford Fiesta Ecoboost, VW PoloCross
Dah keluar gambarnya..ada grafik kat badan je:-(
Iriz EV yang dibangunkan bersama LG