ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat Khidmat Audi Kuala Lumpur kini dibuka pada hari Ahad

Views

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualan, Euromobil Sdn Bhd mengumumkan operasi Pusat Khidmat Audi Kuala Lumpur pada hari Ahad telah bermula sejak 18 September 2016. Ia terletak di Jalan Chan Sow Lin, dikendalikan oleh 42 anggota pasukan terlatih yang terdiri daripada penasihat perkhidmatan, juruteknik dan para perunding. Selain itu, pusat ini mempunyai 26 ruang servis, yang membolehkan proses pusingan penyelenggaraan kereta yang lebih efisien.

Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Bhd, telah menggariskan bahawa kepuasan pelanggan merupakan asas yang penting bagi syarikat. Waktu perkhidmatan yang dilanjutkan pada hari Ahad ini adalah untuk mana-mana kenderaan Audi, sama ada dibeli daripada pengedar sah atau daripada ‘grey importer’.

Pusat ini dibuka mulai jam 10:00 pagi hingga jam 6:00 petang, khususnya untuk servis standard seperti penukaran minyak pelincir. Para pelanggan dikehendaki menghubungi perkhidmatan mesra pelanggan Audi di 03-9222 0390 untuk menempah slot mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

audi-service-kl audi-kl-service-centre

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply