ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kilang enjin milik Daihatsu dan Perodua dirasmikan

Views

Kilang pengeluaran enjin hasil usaha sama antara Daihatsu Motor Co. Ltd. dan Perodua dengan kos pelaburan RM500 juta, Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd (DPEM) telah dirasmikan semalam. Ia terletak di Sendayan Techvalley, Negeri Sembilan dan merupakan pelaburan yang kedua terbesar yang dibuat oleh Daihatsu selepas pembinaan kilang transmisi Akashi Kikai Industry (M) Sdn Bhd yang terletak bersebelahan dengan kilang tersebut.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan turut dihadiri oleh Pengerusi DPEM YBhg Tan Sri Asmat Kamaludin, Presiden & CEO Perodua, YBhg Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, Naib Presiden Eksekutif Daihatsu Co. Ltd, En. Hiroyuki Yokoyama dan Pengarah Urusan DPEM Sdn Bhd, En. Koji Miyake.

“Dengan beroperasinya kedua-dua kilang ini, kami berupaya menawarkan penyelesaian komponen enjin yang komprehensif kepada pengeluar Pengeluar Peralatan Asal (OEM),” kata Pengerusi DPEM, Tan Sri Asmat Kamaludin. Kilang Akashi Kikai yang telah dilancarkan pada Julai 2015 menjadi pembekal Transmisi Elektronik Automatik untuk Perodua selain transmisi manual untuk model Axia dan Bezza; manakala DPEM, yang memulakan operasinya pada bulai Mei tahun ini membekalkan komponen enjin untuk model Bezza.

Kilang enjin ini dibina di atas tapak seluas 35 ekar, dengan bangunan kilang pengeluaran berkeluasan lima ekar dan mempunyai tenaga kerja seramai 202 orang. Ia lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti surau, kantin, bilik almari dan asrama untuk pekerja yang memerlukan.

KLIK UNTUK BESARKAN

photo-1 photo-2 photo-3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Syabas diucapkan kepada Perodua kerana membawa masuk pelaburan asing dari Daihatsu Motor Co. Ltd. untuk melabur di Sendayan Techvalley, Negeri Sembilan. Pelaburan 500 juta mewujudkan lebih 200 peluang pekerjaan untuk tenaga mahir dan pekerja berpengetahuan tinggi.

    Membawa masuk pelaburan asing dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk setempat sememangnya dialu-alukan

Leave a Reply