ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isu beg udara Takata, VPCM panggil balik 6,671 unit kenderaan

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menerusi satu kenyataan semalam memanggil semula sebanyak 6,671 unit kenderaan yang dihasilkan antara 2010 dan 2014 yang dikhuatiri terlibat dalam isu beg udara Takata.

Antara model-model yang terjejas adalah generasi keenam Golf GTI, Eos, Passat CC, Polo, Beetle dan Vento yang dilengkapi dengan perumah penjana gas beg udara hadapan pemandu.

Kebimbangan terhadap peralatan ini disebabkan oleh kemerosotan propelan penjana akibat kelembapan udara yang tinggi dan turun naik suhu dalam jangka masa yang panjang. Ini boleh menyebabkan kecederaan pada pemandu dan penumpang.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

VPCM juga telah mengambil yang langkah perlu bersama rakan niaganya bagi memastikan ketersediaan alat ganti dan proses panggilan semula model terjejas berjalan dengan lancar.

Panggilan semula di seluruh negara akan dilaksanakan secara berperingkat bagi membolehkan pihak syarikat menguruskan bilangan kes.

Segala pemberitahuan kepada pemilik yang dikenal pasti, berdasarkan pangkalan data Volkswagen akan dilakukan menerusi e-mel dan WhatsApp.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Pelanggan yang membeli kenderaan daripada pemilik terdahulu atau pengedar kereta terpakai dinasihatkan untuk menghubungi pengedar sah Volkswagen terdekat untuk pengesahan dengan kadar segera.

Sekiranya penggantian alat ganti diperlukan, sebarang kos upah dan alat ganti tidak akan dikenakan ke atas pemilik.

Pemilik boleh melayari https://www.volkswagen.com.my/volkswagen-service/repair-and-service/service-action dan memasukkan nombor VIN 17 angka mereka yang boleh didapati di bahagian bawah sebelah kiri cermin hadapan kenderaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply