ARKIB

KATEGORI

Buletin

Remaja terjun dari Jambatan Pulau Pinang kerana gagal ujian memandu dua kali ditemui selamat

Berita Tempatan

Views

Seorang remaja berusia 17 tahun yang dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang, beberapa hari lalu, ditemukan selamat berhampiran kawasan pelabuhan, Penang Port Sdn Bhd di Butterworth, baru-baru ini.

Mangsa ditemukan dalam keadaan lemah oleh pegawai operasi bomba pelabuhan di kawasan berhampiran.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Faris Izwan Ahmad Fadzilah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu pada jam 10.25 pagi.

Beliau berkata, mangsa yang tidak mengalami kecederaan serius diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi tindakan lanjut.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Mangsa dalam keadaan lemah dan kini sedang menerima rawatan di HSJ. Kes diserah kepada pihak polis dan operasi tamat pada jam 10.51 pagi.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat remaja terbabit dilakukan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Butterworth selepas menerima panggilan pada jam 11.23 pagi, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan meninggalkan motosikalnya di Kilometer 2.2 menghala ke pulau sebelum bertindak terjun dari jambatan berkenaan.

Faris Izwan berkata, sejurus terjun dari jambatan, mangsa dikatakan berenang sebelum tersangkut pada pokok bakau dan berlumpur di berhampiran pelabuhan berkenaan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Sepanjang tempoh dua hari, mangsa dikatakan beberapa kali melambai ke arah orang awam yang beriadah di kawasan itu namun tidak ada yang perasan.

Sekitar jam 9 pagi 23 Disember lalu, dia cuba melambai ke arah pegawai operasi bomba pelabuhan itu, sebelum diselamatkan lelaki terbabit.

Mangsa dikatakan tertekan kerana tidak lulus ujian memandu sebanyak dua kali dan bimbang dimarahi ibu saudara yang menjaganya.

Dia kemudian menunggang motosikal ibu saudaranya sebelum berhenti di atas jambatan lalu terjun ke laut. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply