ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isu “ketidakaturan prosedur” beberapa model Daihatsu, Perodua sedang berbincang dengan pihak berkuasa

Berita Tempatan

Views

Perodua sebentar tadi mengeluarkan satu kenyataan merujuk kepada pengumuman Daihatsu Motor Co., Ltd. (DMC) yang dikeluarkan pada hari ini mengenai penggantungan model-modelnya disebabkan oleh “ketidakaturan prosedur“.

Ia sebagai maklumbalas kepada laporan jawatankuasa audit bebas mengenai “ketidakaturan prosedur” yang dilakukan oleh DMC semasa menjalankan ujian keselamatan kenderaan terhadap beberapa pengeluar kenderaan (OEM)”, yang diumumkan awal pagi ini.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Laporan jawatankuasa audit bebas sepertimana yang diumumkan oleh DMC menyebut:

“Pemeriksaan dan ujian ini mengesahkan bahawa kesemua 174 ketidakaturan yang dikenalpasti oleh jawatankuasa audit bebas memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan”.

Perodua sedang melakukan penilaian terperinci mengenai isu tersebut dan sedang dalam perbincangan bersama pihak berkuasa Malaysia tentang kesan perkembangan ini terhadap kenderaan keluarannya.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Pada 28 April 2023, DMC telah mengumumkan berlakunya “ketidakaturan prosedur” semasa menjalankan ujian keselamatan ke atas kenderaan di Jepun.

Berikutan pengumuman itu, DMC telah menubuhkan jawatankuasa audit bebas yang terdiri daripada peguam dan tenaga kerja teknikal.

Perodua memohon maaf kepada para pelanggan serta orang awam di atas keresahan yang timbul daripada pengumuman ini. Niat syarikat adalah untuk memberi jaminan kepada para pelanggan yang dihargai.

Pengeluar kereta nasional kedua itu juga akan berkongsi hasil perbincangan ini dengan semua pelanggannya dalam masa terdekat.

Berikut adalah senarai model yang Perodua dan Toyota di Malaysia yang terjejas:

  • Perodua Axia, Ativa dan Bezza – Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, Rawang
  • Perodua Aruz, Alza, Myvi, Toyota Veloz dan Rush – Perodua Manufacturing Sdn Bhd, Rawang
  • Toyota Vios dan Yaris – Assembly Services Sdn Bhd, Shah Alam

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply